,
Laman Utama

“Muka Saya Original Ya!” - ‘Vampire’ Malaysia! Kekal Awet Muda, Syafinaz Selamat Kongsi Rahsia Kecantikan

Asyikin Mayudin
21/10/2022
03:55 MYT
Digelar ‘vampire’ disebabkan awet muda, juri tetap Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) Datuk Syafinaz Selamat menegaskan wajahnya adalah asli tanpa sebarang pembedahan plastik.
Menurut Syafinaz yang juga seorang penyanyi dan guru vokal, dia sememangnya seorang yang sangat menitikberatkan dalam soal penjagaan kulit dan kesihatannya.
“Muka saya original ya! Sejak usia 16 tahun, saya sudah mula menjaga kulit saya. Jujurnya, saya sangat menjaga kulit muka dan kulit badan saya kerana kulit saya jenis sensitif.
“Jadi saya sebenarnya melabur dari segi masa dan wang untuk memastikan kulit saya kekal bersih dan sihat.
“Tapi nak kata bersih macam Fazura tidaklah, tapi untuk wanita yang seusia saya, saya bersyukur memiliki kulit yang sihat,” katanya kepada Gempak.
Syafinaz ditemui ketika majlis sidang media Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan di Kementerian Komunikasi & Multimedia pada baru-baru ini.
Berkongsi mengenai tips penjagaan kulitnya, Syafinaz berkata dia sentiasa mengamalkan pemakaian ‘mask’ muka dengan kerap.
“Saya selalu memakai ‘mask’ muka. Saya tidak tipu apabila saya cakap saya mempunyai lebih dari 10 jenis ‘mask’. Selagi ada ‘mask’, tak kira mahal atau murah, saya akan beli dan pakai.
“Kadang-kadang dalam sehari saya memakai ‘mask’ sebanyak dua kali. Dan saya juga memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,” ujarya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Malaysia4Palestin: “Saya Tak boleh Tidur, Menangis…” - Syafinaz Selamat

gempak
25/05/2024
12:25 MYT
Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi perasaannya mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Laman Utama

“Lazarul Kecundang Kerana…”- Akui Finalis ATNM2 Terbaik, Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri

gempak
08/02/2023
08:49 MYT
Syafinaz Puas Hati Dengan Pemilihan Juri
All Together Now 2022

ATNM2: Ramai Suka Syafinaz Jadi Kapten- "Komen Sangat Supportive & Membina..."

gempak
13/12/2022
12:30 MYT
Love Datuk Syafinaz.
Laman Utama

GV9: Syafinaz Selamat Kecewa Persembahan Solo Kurang Menyengat, Tok Ram Pula Dedah Punca Sebenar Fuad Rahman & Dina Nadzir Tersingkir

gempak
21/11/2022
07:55 MYT
Kita tengok final nanti macam mana...
Laman Utama

Fesyen Syafinaz Selamat Sentiasa Memukau, Pilih Modern & Younger; “Sebenarnya Saya Ini Seorang Yang…”

gempak
19/10/2022
13:55 MYT
Suka tengok penampilan Syafinaz Selamat!