Hiburan
Menghitung Hari Tunggu Kelahiran Anak, Atikah Suhaime Kongsi Perkara Yang Akan Dirindui Semasa Hamil – “Semua Orang Layan Macam…”
Menghitung hari kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Datin Atikah Suhaime memuat naik hantaran tentang beberapa perkara yang akan dirindukan semasa hamil.
Menerusi video di TikTok, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 34, berkongsi antara sebab dirinya suka ‘berbadan dua’ adalah kerana layanan baik yang diterima selain tidak dinilai oleh orang ramai walaupun berisi.
“Benda yang saya akan rindu semasa hamil, semua orang akan layan saya macam ‘princess’, tendangan dalam perut, tak ada period, walaupun gemuk orang tak akan menilai, tak payah kerja,” tulis Atikah dalam perkongsian tersebut.
@atikahsuhaimeeee Keep positive mummies. Almost there. Biarlah orang nak cakap apa pun 🥰 #fyp #marchbaby #pregnant #pregnantlife ♬ original sound - Jwlpiano_🎹
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja untuk melihat cahaya mata aktres filem My Stupid Boss itu selain ada juga segelintir yang mendoakan urusan bersalin Atikah dipermudahkan.
“Tak sabarnya nak tengok anak Atikah.
“Lama sangat Atikah mengandung, buat saya tertunggu-tunggu.
“Semoga dipermudahkan urusan bersalin.
“Saya doakan urusan Atikah dipermudahkan,” komen beberapa netizen.
Untuk rekod, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, dia berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang yang memaparkan dirinya berisi mendapat perhatian ramai.
Must-Watch Video