gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Neera Azizi Tidak Tinggalkan Dunia Lakonan, Lebih Selektif Demi Jaga Batas - “Dulu Saya Ambil Semua Tapi…”
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perjalanan Terhenti! Giliran Ayiena & Maria Affendi Ucap Selamat Tinggal
HIBURAN
Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!

Amri Hassan
Amri Hassan
13/07/2025
14:45 MYT
Sponsor Banner
Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!
Plenary Hall KLCC bergema dengan sorakan dan nyanyian peminat malam tadi apabila kumpulan legenda Indonesia, Ungu, mengadakan konsert istimewa sempena ulang tahun ke-29 mereka bertajuk Symphony of Ungu.
Konsert ini bukan sekadar sebuah persembahan, tetapi satu perjalanan emosi penuh nostalgia buat peminat setia mereka di Malaysia.
Mana tidaknya, Ungu melantunkan lagu-lagu terbaik yang dipilih mereka daripada album pertama hingga ke album ke-15 mereka sepanjang belantika karier mereka.
Apa yang menjadikan malam tersebut lebih bermakna adalah kemunculan pertama kumpulan Ungu selepas pulang daripada menunaikan haji.
Vokalisnya Pasha yang tak putus berseloroh menjadikan suasana tidak hambar sepanjang dua jam konsert.
"Daripada berat badan saya 60 kilogram, sampai sebegini, kalian tetap setia dengan Ungu. Terima kasih.
"Sepulang dari haji, saya perlu beri salam dulu. Assalamualaikum. Saya dimaklumkan juga jemaah haji terbaik datang dari Malaysia. Tahniah," luncur kata-kata Pasha membuka panggung.
Seperti yang dijanjikan, Ungu membawakan rangkaian lagu-lagu hit mereka yang pernah menjadi siulan ramai sepanjang dua dekad lebih berkarya.
Lagu pembukaan Melayang terus membakar semangat penonton, diikuti dengan deretan lagu cinta seperti Cinta Dalam Hati, Aku Bukan Pilihan Hatimu dan Saat Bahagia yang mengundang nyanyian padu dari seluruh dewan.
Paling mencuri perhatian adalah interaksi selamba Pasha dan anggota Ungu dengan para penonton. Suasana terasa mesra, seolah-olah konsert ini bukan hanya persembahan formal, tetapi sebuah pertemuan hangat antara sahabat lama.
Kejutan manis turut hadir apabila Ayda Jebat muncul di pentas, menghangatkan suasana dengan duet istimewa bersama Pasha menerusi lagu Tercipta Untukku dan Bismillah Cinta.
Satu momen menyentuh hati muncul ketika segmen tribut istimewa didedikasikan buat pemain keyboard mereka, Gatot Kies Afierianto.
Dengan suasana tenang dan syahdu, Ungu menyampaikan lagu Bila Tiba dan Andai Ku Tahu sebagai penghormatan dan jelas kelihatan emosi mendalam yang mengalir dalam setiap bait lagu.
Menjelang penghujung konsert, suasana kian 'happening'. Penonton berdiri, menyanyi dan menari bersama ketika Ungu membawakan lagu-lagu penuh tenaga seperti Kekasih Gelapku dan pastinya Demi Waktu, yang menjadi lagu wajib setiap kali mereka mengadakan konsert.
Malam ditutup dengan penuh bergaya menerusi lagu Seperti Mati Lampu, menjadikan keseluruhan konsert sebagai satu persembahan yang bukan sahaja memperingati sejarah, tetapi juga menguatkan lagi ikatan emosional antara Ungu dan peminat Malaysia.
Konsert 29th Symphony of Ungu yang dianjurkan AVG Entertainment dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Topic Berkaitan
#Konsert
#Indonesia
#Reviu
#Ungu
#Pasha
#Orkestra
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement