gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perjalanan Terhenti! Giliran Ayiena & Maria Affendi Ucap Selamat Tinggal
HIBURAN
Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!
KELUANG MAN
Ramai Puas Hati Layan Keluang Man Di Astro First - “Tujuh Kali Tengok Kat Wayang, Sambung Kat Rumah Pula!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Qasrina Karim Tak Tolak Jodoh Di Lokasi Penggambaran - “Kalau Jadi Saya Sendiri…”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
13/07/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Qasrina Karim Tak Tolak Jodoh Di Lokasi Penggambaran - “Kalau Jadi Saya Sendiri…”
Pelakon Qasrina Karim tidak menolak sekiranya wujud cinta di lokasi penggambaran namun menegaskan perkara itu bukan sesuatu yang dirancang atau dicari.
Menurut Qarina, perkara itu boleh sahaja terjadi pada dirinya tetapi dia percaya setiap orang ada cara yang tersendiri.
“Kalau terjadi, terjadilah. Bagi saya, it’s nothing yang saya boleh halang. Ada je ramai pelakon yang sudah berkahwin selepas bercinta di lokasi.

“Lain orang lain cara. Kalau jadi, jadi sebab saya sendiri tidak menghalang kalau perkara itu terjadi. Kalau saya kata mencari pun tidak juga,” katanya kepada Gempak.

Qasrina berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sidang Media ‘Thariq Ridzuwan: His Treasure’ & ‘Mandul Bukan Pilihan’ yang berlangsung di TGV Cinemas, Suria KLCC baru baru ini.
Tambahnya lagi, dia sedar akan komen dan spekulasi netizen setiap kali pelakon digandingkan bersama dalam sesebuah drama.
Namun baginya, perkara itu sudah menjadi satu kebiasaan dalam industri seni.
“Memang nampak macam satu ‘pattern’ yang normal. Itu dah jadi trend, bila pelakon berlakon bersama, mesti akan timbul macam-macam cakap-cakap.

“Saya terima sahaja perkara itu sebagai sebahagian daripada dunia lakonan,” jelasnya.

Dalam pada itu, aktres yang terkenal dengan drama My Famous Ex Boyfriend menjelaskan hubungan dia bersama Meerqeen sememangnya berkawan rapat di dalam dan di luar set.
“Kami berkawan di dalam dan di luar set penggambaran. Meerqeen seorang yang peramah. Dia memang seorang yang senang nak berkawan dengan dia,” kongsinya.
Semenatara itu, Qasrina turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk bekerja bersama barisan pelakon yang pernah bekerjasama dengannya.
“Saya akui saya sangat beruntung dapat berlakon dengan mereka semua kerana mereka semua sangat berbakat dan peramah.
“Jadi, saya berterima kasih dapat berkongsi satu naskah bersama mereka,” kongsinya.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Cinta
#Jodoh
#Meerqeen
#Lokasi
#Qasrina Karim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement