gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perjalanan Terhenti! Giliran Ayiena & Maria Affendi Ucap Selamat Tinggal
HIBURAN
Seloroh 'Abang Aji Pasha', Ayda Jebat & Tribut Keybordist Antara Momen Terindah Konsert Orkestra Ungu!
KELUANG MAN
Ramai Puas Hati Layan Keluang Man Di Astro First - “Tujuh Kali Tengok Kat Wayang, Sambung Kat Rumah Pula!”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

'Munajjim: Sekutu Iblis' Bongkar Realiti Ilmu Hitam Dalam Masyarakat Moden

Amri Hassan
Amri Hassan
13/07/2025
12:40 MYT
Sponsor Banner
'Munajjim: Sekutu Iblis' Bongkar Realiti Ilmu Hitam Dalam Masyarakat Moden
Filem bercorak seram masih lagi menjadi kegemaran ramai dan kerap mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dalam kalangan penonton.
Kini, sebuah lagi karya seram tempatan bakal menghantui layar perak terbitan Yusrych Global Sdn. Bhd menerusi filem Munajjim: Sekutu Iblis.
Penerbitnya, Yusry Makmor berkata, filem terbaharu itu tampil dengan jalan cerita yang bukan sahaja menakutkan malah memaparkan amalan ilmu hitam dan syirik yang masih wujud dalam masyarakat moden hari ini.
“Ini bukan sekadar filem seram biasa kerana diinspirasikan daripada kisah benar dengan menyentuh tentang realiti masyarakat yang masih bergantung kepada ilmu hitam dan bomoh dalam mencari penyelesaian mudah ketika berhadapan sesuatu masalah.
“Filem ini bukan sekadar mahu membuat penonton terhibur, tetapi memberi kesedaran bahawa amalan syirik ini sememangnya memberi impak negatif dan bersekutu dengan iblis yang jelas hukumnya adalah haram,” ujarnya.
Munajjim: Sekutu Iblis membawa penonton menelusuri sebuah keluarga yang sangat mempercayai bomoh dalam amalan hidup mereka.
Penonton akan disajikan dengan kisah seram yang tidak klise, di mana ‘pendamping’ yang ditampilkan dalam filem berkenaan adalah jelmaan hantu dan jin yang bersekutu dengan manusia untuk menyesatkan akidah mereka.
Lebih menarik lagi, filem ini turut dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Farid Kamil, Uqasha Senrose, Che Puan Juliana Evans, Mustaqim Bahadon, Sherrie Merlis, serta adik Daniel Aqil.
Menjalani penggambaran sekitar Januari 2025 di beberapa lokasi di Selangor, Munajjim: Sekutu Iblis adalah idea asal daripada Yusry Makmor sendiri bersama Zafran Aziz dan Rozita Mat Isa.
Sementara itu, pengarah Faizul A. Rashid pula menyatakan bahawa naskhah arahannya ini tidak seperti filem seram stereotaip seperti kemunculan pontianak atau pocong.
“Filem ini menampilkan keseraman yang lebih mendalam dan berunsur realiti serta diadun dengan visual sinematik serta jalan cerita yang kuat dan penuh mesej.
“Kami percaya filem ini bukan sahaja akan memberi pengalaman sinematik yang memuaskan, tetapi mengajak penonton berfikir tentang bahaya dan realiti amalan khurafat dalam kehidupan yang masih berlaku sehingga sekarang,” ujarnya.
Munajjim: Sekutu Iblis, dengan kerjasama syarikat gergasi TGV, edaran antarabangsa oleh D'Ayu Pictures dan sokongan promosi Empire Solutions, bakal menemui penonton dan menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 31 Julai 2025.
SINOPSIS Mengisahkan amalan dua beranak yang taksub dengan bomoh, yang akhirnya mengundang padah apabila si anak menggunakan ilmu hitam untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya. Lelaki tersebut mengganggu rumah tangga mereka dengan sihir, namun ilmu hitam itu berpatah balik dan mula mengancam nyawa seluruh keluarga.
Topic Berkaitan
#Filem
#Uqasha Senrose
#Farid Kamil
#Seram
#Ilmu Hitam
#Munajjim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement