,
Laman Utama

“Letak Buku Atas Kipas Tandas, Tapi Bila Baca...” - Niat Meniru Tak Jadi, Netizen Imbau Kenangan SPM

Hanafis Haris
01/03/2021
08:25 MYT

Kecoh sebelum ini apabila ada yang mendakwa soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Kertas 2 subjek Sejarah telah bocor.

Memetik laporan The Star, topik bagi soalan kertas berkenaan dikatakan tersebar di aplikasi WhatsApp sebelum calon menduduki peperiksaan subjek berkenaan jam 10 pagi minggu lalu.

Laporan itu mendakwa, antara topik bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.
BACA : “Penat Tau Nak Hafal Siang Malam” - Pelajar Kecewa Soalan Sejarah Kertas 2 Dikatakan Bocor!

Susulan berita mengenai kertas sejarah itu, netizen kemudian dilihat mula berkongsi kisah mereka menduduki SPM di media sosial.

Rata-ratanya menceritakan bagaimana mereka cuba untuk meniru, namun masih gagal atas beberapa faktor.

Malah, ada diantara mereka kini sebenarnya hampir dituduh meniru gara-gara menulis jawapan di belakang kertas soalan.

“Letak buku rujukan kimia atas kipas tandas, masuk dengan niat nak meniru. Malangnya bila bukak pun masih tak faham”

“Tak meniru, pengawas syak meniru.. Tulis jawapan belakang kertas guna pensil sebab tak yakin, lepas tu asyik belek kertas tu. Pengawas datang keliling meja mungkin dia syak bawak toyol”

“Saya tak meniru tapi saya akan tulis point penting dekat tangan, bila dah nak masuk saya gesel bagi hilang. So lama la sikit iinfo tu saya ingat” tulis beberapa netizen.

Minggu lalu negara dikejutkan dengan dakwaan mengatakan soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Kertas 2 subjek Sejarah telah bocor.

Untuk rekod, subjek Sejarah yang mencetuskan kontroversi itu merangkumi Kertas 1 dan Kertas 2.

Kertas itu adalah salah satu subjek teras yang perlu diambil oleh lebih 401,000 calon SPM tahun ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.