Sheila On 7, Nadin Amizah, DOLLA & Bunkface Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Malaysia 2025
Kumpulan legenda Indonesia, Sheila On 7 secara rasmi diumumkan bakal kembali membuat persembahan di Malaysia menerusi festival muzik, Latihan Pestapora Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 26 Julai 2025.
Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Group, berkata, “Sheila On 7 bukan sekadar kumpulan muzik – mereka adalah sebahagian daripada kenangan dengan lagu-lagu mereka yang menjadi anthem satu generasi. Kepulangan mereka ke Malaysia bukan hanya sebuah persembahan tetapi ia adalah detik yang bersejarah. Dengan Stadium Nasional sebagai lokasi baharu, kami bersedia untuk mengukir sejarah festival muzik di Malaysia.”
Kiki Ucup, Pengarah Festival Pestapora & Pengasas Bersama Boss Creator, berkata, “Pestapora adalah sambutan muzik dan komuniti. Membawa semangat ini ke Malaysia adalah langkah yang tepat dan sangat bermakna buat kami. Dengan Sheila On 7, Nadin Amizah, dan ALVN sebagai tambahan dalam lineup, kami berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara dalam satu malam yang penuh jiwa, muzik, dan kenangan.”
Tiket Fasa 2 akan mula dijual pada 9 Jun 2025, jam 12 tengah hari (GMT+8) di laman web rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com
Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga bermula Rockzone (Free Standing) – RM299, GA (Free Standing) – RM249, CAT 1 (Tempat Duduk Bernombor) – RM399 (Kategori Baharu), CAT 2 (Tempat Duduk Bernombor) – RM189 (Kategori Baharu).