gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Cinta Ditolak, Lelaki Minta Pulangkan Duit Belanja Makan RM11
HIBURAN
Jessie J Dedah Diagnosis Kanser Payudara Peringkat Awal
HIBURAN
"Jaga SOP, Jangan Cium Anak Saya" - Nabila Razali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HOLLYWOOD

Diminta Laporan Kesihatan Mental, Blake Lively Gugur Saman Kepada Justin Baldoni

gempak
Maliah Surip
05/06/2025
12:31 MYT
Sponsor Banner
Diminta Laporan Kesihatan Mental, Blake Lively Gugur Saman Kepada Justin Baldoni
Aktres Blake Lively dilaporkan menggugurkan saman yang dikemukakan kepada hero dalam filem It Ends With Us, Justin Baldoni. Penarikan saman tersebut didakwa telah masukkan ke dalam dokumen bertulis kepada pihak guaman Baldoni, baru-baru ini.
Lively sebelum ini mencetuskan kontroversi selepas mengheret Baldoni ke mahkamah atas dakwaan telah menyebabkan dirinya menderita tekanan emosi secara sengaja dan tidak sengaja sepanjang mereka terbabit dalam penggambaran naskhah tersebut.
Yahoo Entertainment melaporkan bintang Gossip Girls itu mahu menarik semula saman selepas pihak Baldoni meminta Lively mengemukakan laporan kesihatan mentalnya.
“Kami meminta pihak Lively mengemukakan laporan kesihatan mental yang disifatkan penting dalam kes ini. Tapi mereka membalasnya dengan dokumen bertulis meminta kes digugurkan,” ujar wakil Baldoni seperti dilaporkan premis media sama.
Pasangan Ryan Renolds itu mengemukakan saman terhadap Baldoni pada Disember 2024 antaranya menuduh aktor tersebut melakukan gangguan seksual, mengeluarkan kata-kata lucah dan bercerita tentang ketagihan seksnya pada masa lalu.
Baldoni kemudian memfailkan saman balas pada Januari 2025 dengan mendakwa Lively antaranya telah membuat reputasi dan kerjayanya tercalar kerana membuat tuduhan palsu.
Perbicaraan kes mereka dijadual berlangsung pada 2026.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Filem
#Blake Lively
#Mental
#Justil Baldoni
Must-Watch Video