,
Viral

Lelaki Ditahan Seludup 100 Ekor Ular Dari 5 Spesies Berbeza Dalam Seluar

Maliah Surip
11/07/2024
02:25 MYT
Seorang lelaki sanggup melakukan kerja gila yang membahayakan nyawa apabila menyeludup raturan ekor ular di dalam seluarnya.
Lelaki yang ditahan pihak kastam tempatan di Shenzhen, China dilaporkan membawa lebih 100 ekor ular yang disimpan di dalam seluarnya sewaktu melalui pemeriksaan di antara Hong Kong dan tanah besar China, lapor CNN.

BERITA TRENDING: Polis Jumpa Ular Dalam Seluar

Sewaktu pemeriksaan, pihak berkuasa menemukan enam beg kanvas lutsinar yang telah ditutup rapat disimpan dalam seluarnya.
“Selepas mengira jumlah ular yang diseludup keseluruhannya 104 ekor yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan warna,” tulis kenyataan yang diberikan kepada media massa.
Ular-ular tersebut pula datang dari lima spesis antaranya dari jenis Corn Snake, Milk Snake dan Texas Ratu Snake dengan empat daripadanya bukan berasal dari China.
“Bagaimanapun tidak ada ular yang berbisa,” dedah kenyataan itu lagi.
Terdahulu pada Jun, seorang lelaki juga telah ditahan dalam percubaan menyeludup 454 kura-kura yang terancam dari Macau ke China.

BERITA TRENDING: Lelaki Gigit Ular Hingga Mati, Percaya Jadi Penawar Racun

BERITA TRENDING: Selebriti Ular Malaysia Dwan Hamid Mohon Maaf, Tiada Niat Pergunakan Arwah Huzz - "Saya Betul-Betul Ikhlas Menjaganya Di Hospital"

BERITA TRENDING: Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Setiap 4 Hingga 6 Minit, Seorang Maut Akibat Gigitan Ular - WHO

gempak
19/09/2024
14:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata seorang maut akibat gigitan ular setiap 4 hingga 6 minit di seluruh dunia, dan lebih satu pertiga daripada mangsa berumur di bawah 20 tahun, kebanyakannya pekerja pertanian dan kanak-kanak, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.