,
Hiburan

Lama Sendirian, Tony Eusoff Teringin Berkahwin! - "Orang Tua Pun Boleh ..."

Firdaus
01/04/2024
07:55 MYT
Lama hidup secara solo, pelakon Tony Eusoff, tidak menafikan dirinya teringin untuk mendirikan rumah tangga.

Akui Mahu Dirikan Rumah Tangga

Berusia 47 tahun, pemilik nama lengkap Anthony Joseph anak Hermas Rajiman, mengakui ‘cinta’ akan institusi kekeluargaan, namun perkara tersebut terpaksa ditangguhkan atas sebab kekangan peribadi.
“Tipulah kalau saya cakap saya tak nak. Tapi, sebabkan kekangan peribadi, itu yang buatkan saya lambat lagi nak pergi ke arah perkahwinan.
“Bukannya tak nak, sebenarnya saya suka institusi keluarga, kalau situasi saya dalam dunia ni ideal, memang saya nak ada seorang isteri dan saya nak ada ramai anak, tapi apakan daya hidup kita ni banyak pancaroba,” ujarnya.

Tak Tergesa-Gesa Nak Kahwin

Dalam pada itu, Tony menekankan bahawa sebagai lelaki dia tidak terlalu tergesa-gesa dalam perkara tersebut, serta enggan menolak kemungkinan sekiranya ada jodoh pada masa terdekat.
“Sebagai lelaki saya tak rasa rushing sangat, bukan lelaki sahaja, bagi saya untuk siapa-siapa pun, perkara ni tiada had masa.
“Sebenarnya orang tua pun boleh kahwin, perkara-perkara macam ini bagi saya tiada undang-undang dan tiada pantang larang. Jadi, jangan pernah katakan tidak, mungkin sampai kesudah saya membujang, tapi mungkin juga saya akan kahwin dalam masa terdekat, kita tak tahu,” luahnya.
Sementara itu, Tony turut berkongsi dirinya lebih fokus menjaga ibunya yang kini berusia lingkungan 70-an yang membuatkan pencariannya dalam percintaan agak merumitkan.
“Saya ada seorang ibu tunggal, ibu saya dah tua, dah 70 lebih. Fokus saya sekarang ni untuk menjaga ibu, jadi kadang-kadang susah saya nak jaga ibu, nak cari pasangan lagi, ia agak merumitkan,” katanya.
Sekadar info, Tony Eusoff bakal muncul dalam filem terbaharu berjudul The Experts yang bertemakan rompakan hasil arahan pengarah Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nizam Shah.
Selain Tony, filem berkenaan turut diwarnai pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Remy Ishak, Mimi Lana dan Ray Dap Dap sebagai tonggak utama.
BERITA TRENDING: “Saya Pernah Dengar Ada Influencer Bermasalah, Tapi Tidak Mereka Ni" - Tony Eusoff BERITA TRENDING: The Experts Kongsi Rezeki Di Bulan Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Dan Ibu Tunggal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.