,
Laman Utama

Lagu Pelukan Angkasa Dinobatkan Juara AJL 36

Syafiqah Jalal
06/03/2022
16:09 MYT
Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishamuddin dan nyanyian SOG dan Shila Amzah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi bersalut emas.
Naib juara pula milik lagu Cinta ciptaan sepenuhnya dan nyanyian Bunga Cinta dan Hang Nadim Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Tempat ketiga AJL 36 pula milik lagu Mimpi ciptaan Datuk A. Aida dan Haqiem juga sebagai penyanyi itu menyaksikan mereka berkongsi hadiah wang tunai RM30,000 berserta trofi.
Sementara itu, penyanyi lagu Aina Abdul dipilih sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Sepi ciptaan sepenuhnya dari Aina sendiri sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 berserta trofi.
Manakala Persembahan Terbaik dimenangi Marsha Milan Londoh yang mempertandingkan lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 dan trofi.
Anugerah Penyanyi Pilihan Popular pula diberikan kepada Aina Abdul dan Khai Bahar.
Kemuncak AJL36 tahun ini menyaksikan Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua juri serta juri-juri LY, Datuk Syafinaz Selamat, Dato' Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Faizal Tahir dan Datuk Habsah Hassan.
Berlangsung dengan kehadiran 200 orang penonton dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat AJL36 dihoskan Alif Satar dan Nabila Huda.
Selain 12 finalis yang bertanding, acara itu turut dimeriahkan persembahan daripada Mas Idayu, Datuk Jamal Abdillah, Ayda Jebat dan kumpulan Cassia dipersembahan pembukaan.
Peminat rock tegar juga dihiburkan dengan persembahan istimewa gandingan kumpulan Wings dan orchestra di bawah pimpinan pengarah muzik Datuk Ramli MS.
Berikut merupakan keputusan penuh AJL36:
Penyanyi Pilihan Popular AJL: Aina Abdul & Khai Bahar (Nafas Cinta)
Persembahan Terbaik: Cinta (Marsha Milan)
Vokal Terbaik: Aina Abdul (Sepi)
Tempat Ketiga: Mimpi (Haqiem Rusli)
Tempat Kedua: Cinta (Marsha Milan)
Juara: Pelukan Angkasa (SOG feat Shila Amzah)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.