,
Berita

Kreatif! Emma Maembong Terjemah Hasil Lukisan Cantik Atas Koleksi Tudung

Syafiqah Jalal
11/10/2017
06:33 MYT
Mahu berkongsi hasil seninya bersama peminat, pelakon Emma Maembong telah menterjemahkan lukisannya ke atas tudung untuk dijual dengan harga berpatutan.
Aktres itu kini mengeluarkan koleksi tudungnya sendiri dengan nama My Sketchbook Shawl By Emma Maembong.
"Saya memang seorang pelukis dari kecil lagi dan lukisan saya pernah dibeli oleh orang kenamaan.
"Selama ini, saya sudah menghasilkan banyak karya lukisan di atas kanvas serta buku lakaran.
"Namun, bila difikirkan kembali, sampai bila saya mahu simpan hasil seni ini? Timbul idea untuk saya terjemahkan karya ke atas tudung supaya peminat dan sesiapa sahaja mampu membeli hasil seni saya.
"Harga tudung saya lebih murah berbanding harga sebuah lukisan yang saya pernah hasilkan sebelum ini," katanya kepada Astro Gempak.
My Sketchbook Shawl By Emma Maembong dijual dengan harga bermula RM55 hingga RM99.
Emma muncul dengan koleksi terbaharu iaitu Budaya, Hibisco, Bumi Kita dan Seashell.
Mengulas mengenai kariernya sebagai seorang pelukis, Emma memberitahu dia tidak pernah melupakan minatnya itu malah sentiasa berkarya meskipun sedang sibuk menjalani penggambaran.
"Walaupun saya kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada lakonan, namun boleh dikatakan setiap hari saya tetap akan meluangkan masa untuk melukis.
"Selalunya saya akan membawa buku lakaran ke mana-mana sahaja, termasuk ke lokasi penggambaran.
"Saya akan melukis dan tangan saya akan mula bergerak jika saya ada tiada masa senggang sekalipun," katanya lagi.
My Sketchbook Shawl By Emma Maembong diusahakan bersama kakaknya, Yaya Maembong yang juga seorang pelakon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kena Rasuk, Dakwa Disantau Peminat Melalui Gambar - “Saya Terus Meracau, Mengilai, Muka Basah & Menjerit”

gempak
07/09/2024
01:25 MYT
Pelakon Emma Maembong mendakwa dia pernah disantau oleh salah seorang ahli kelab peminatnya melalui gambar yang dimuat naik di sosial media.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku: Emma Maembong Perlu Ingat Butir Dialog & Emosi Sama Macam Novel!

gempak
23/05/2024
05:55 MYT
Memegang watak sebagai Dian, wanita kampung yang lurus bendul, pelakon Emma Maembong mengakui dia berdepan dengan cabaran dari segi lontaran dialog.
Hiburan

Watak Zharif Buat Shahiezy Sam Gementar - “Ini Skrip Pertama Yang Buat Saya Rasa Darah Tinggi”

gempak
23/05/2024
04:55 MYT
Pelakon Shahiezy Sam mengakui dia pada mulanya berasa gementar untuk membawa sebagai Zharif dalam drama siri 40 episod bertajuk Takdir Itu Milik Aku.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb