,
Berita

Kompaun Trafik DBKL Naik Mulai 1 Julai

Gempak
30/06/2024
08:58 MYT
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menaikkan kadar kompaun bagi kesalahan trafik berkuat kuasa 1 Julai ini.
Menerusi kenyataan media DBKL, ia merangkumi kategori motosikal, kereta dan kenderaan berat yang kadarnya ditetapkan mengikut tempoh bayaran tertentu.
Menurut kenyataan itu, bagi kesalahan trafik motosikal, kadar bayaran RM30 ditawarkan bagi tempoh satu hingga 15 hari, RM50 (16-30 hari) dan RM80 (31-60 hari).
"Bagi kereta, kompaun dikenakan sehingga RM100 bagi yang gagal membuat pembayaran selepas sebulan, manakala kadar menjadi RM50 dan RM80 jika bayaran dibuat dalam tempoh 1 hingga 15 hari dan 16 hingga 30 hari.
"Sementara kategori kenderaan berat pula RM200 dagi tempoh satu hingga 15 hari, RM250 (16-30 hari) dan RM300 (31-60 hari)," ujar kenyataan itu pada Sabtu.
Katanya, kadar tersebut diguna pakai untuk kesalahan trafik di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] dan semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta 333.

BERITA TRENDING: Netizen Risau Pokok Selalu Tumbang Di Ibu Negara, DBKL Disaran Ambil Tindakan

BERITA TRENDING: Dituduh Zalim, DBKL Sekolahkan Netizen Isu Roboh Gerai Ikan Singgang Di Kampung Baru

BERITA TRENDING: Susulan Tarian Separuh Bogel, DBKL Ambil Tindakan Terhadap Premis

BERITA TRENDING: “Ini Rekod Baru”- Sampah Merata, Landskap Rosak Masa Medeka, DBKL Rugi RM700K

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar