,
Laman Utama

Kes Bunuh Zayn Rayyan: Sehelai Stokin Ditemui Di Takungan Air, Polis Giat Cari Petunjuk Pembunuh

Gempak
14/12/2023
03:26 MYT
Pihak berkuasa tempatan belum berputus asa malah giat menjalankan kerja mengumpul bukti serta mencari petunjuk sehingga mampu menahan pelaku atau pembunuh kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia pada 6 Disember lalu.

BERITA TRENDING: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Air Sungai Akan Disedut, Cari Petunjuk Baharu

Selain menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah, pihak polis juga melakukan alternatif menyedut air di takungan berhampiran lokasi penemuan mangsa.
Hasilnya, sehelai stoking ditemukan di kawasan takungan air berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan ditemukan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan bagaimanapun berkata, ia tidak dapat dipastikan sama ada stoking berkenaan adalah milik Zayn atau bukan.
Kata beliau, stoking tersebut antara barangan dan objek yang perlu dihantar ke makmal untuk menjalani analisa lanjut.
"Kita (polis) menjumpai sehelai sahaja stoking tersebut dan ia perlu dibuat pengesahan lanjut sama ada kepunyaan mangsa atau bukan," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Media pada Selasa melaporkan, polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor bagi membantu menyedut keluar air di takungan berhampiran lokasi penemuan mangsa.
Proses itu dilakukan bagi melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi tiada penemuan baharu diperoleh pada Selasa.

BERITA TRENDING: Polis Terus Buru Seorang Individu Bunuh Zayn Rayyan, Semoga Pelaku Ditangkap!

Proses menyedut air di takungan itu kemudiannya disambung pada pagi Rabu.
Terdahulu, hasil pemeriksaan pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama kira-kira dua jam di setiap rumah di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, dilihat membawa keluar dua kotak dari kawasan perumahan tersebut.

PILIHAN PEMBACA: Beri Sebab Berdiam Diri, Ibu Luah Kerinduan Pada Zayn: “Jumpa Lagi Ya Abang”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.