VIRAL
Kemelut Anna Jobling & Ibu Jadi Perdebatan Netizen Di Laman Sosial - “Orang Laju Saja Salahkan Anak…”
Kemelut antara pelakon popular, Anna Jobling dan ibu kandungnya, Ariz Arop kini menjadi tumpuan ramai sehingga mencetuskan perdebatan di media sosial.
Walaupun isu ini masih belum menemui jalan penyelesaian, namun segelintir netizen mula memberi pandangan mengenai situasi di mana anak difitnah sebagai derhaka disebabkan mempunyai ibu bapa toksik.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, dia beranggapan ramai yang segera menuding jari kepada anak tanpa terlebih dahulu mendengar penjelasan daripada pihak tersebut.
“Bila seorang mak bersuara ‘dizalimi’ anak, orang laju je blame the children tanpa bertanya si anak. Digelar anak derhakalah, anak tak senang budilah.
“Tapi bila anak expose mak ayah abusive, orang tetapi side mak/ayah tu ‘macam mana pun dia mak/ayah kau’, kesian anak anak yang tersepit hidup dengan parents abusive.
“Bila luah kena kecam, bila pendam kena ‘fitnah’ dengan air mata mak ayah,” komen netizen.

Bagaimanapun, kenyataan daripada individu itu mendapat sokongan netizen lain yang menganggap masyarakat masih berat sebelah dalam menilai konflik kekeluargaan, terutamanya apabila melibatkan hubungan ibu bapa dan anak.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Sedihnya, I can hear she was shaking.”
“Yang tak merasa memang main sedap je cakap. Moga keturunan mereka atau diri mereka akan merasa mental abuse Narsistik mak bapa, suami atau isteri.”
“Belum apa apa orang dah judge Anna cakap dia anak derhaka. Ingat senang ke nak dapat injunksi kalau takde sebab dan bukti kukuh. Mak, ayah adik beradik, tak bermaksud mereka sentiasa betul dan baik dengan keluarga sendiri,” komen netizen.
Terdahulu, kemelut hubungan antara Anna dan ibunya menjadi perhatian selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan hina, termasuk digelar seperti ‘anjing kurap’ serta diminta keluar dari kereta oleh peguam anaknya.
Pada Ahad lalu, Ariz turut memuat naik gambar berada di balai polis, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi netizen. Difahamkan, wanita itu mendakwa Anna tergamak memohon perintah injunksi terhadapnya.
Must-Watch Video