gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."
HIBURAN
Iqwan Terkilan Didakwa Jenguk Anak Di Hospital Hanya Untuk Buat Konten - “Saya Tunggu Sahaja Permohonan Maaf Dari Dia”
HIBURAN
"Ada Kata Saya Mengada-Ngada, Lepas Tunjuk Bukti Barulah ..." - Sophia Albarakbah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Iqwan Terkilan Didakwa Jenguk Anak Di Hospital Hanya Untuk Buat Konten - “Saya Tunggu Sahaja Permohonan Maaf Dari Dia”

Mya Amri
Mya Amri
13/08/2025
09:20 MYT
Sponsor Banner
Iqwan Terkilan Didakwa Jenguk Anak Di Hospital Hanya Untuk Buat Konten - “Saya Tunggu Sahaja Permohonan Maaf Dari Dia”
Suami Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin akui terkilan dengan dakwaan isterinya yang mengatakan kononnya dia mengabaikan dan sengaja tidak menziarah anaknya.

Kesal dakwaan Zehra

Menurut Iqwan, dia kesal dengan tuduhan tersebut sedangkan kedatangannya ke hospital Julai lalu adalah untuk melepaskan kerinduan terhadap anaknya, Zahiyah Iqleela.

“Saya terkilan apabila dia tuduh saya jenguk anak di hospital untuk buat konten media sosial semata-mata.“Saya tunggu sahaja permintaan maaf dari dia kerana membuat dakwaan sedemikian. Kalau dia enggan (minta maaf), tidak mengapalah, tiada paksaan.

“Mengenai tuduhan saya ini ghaib dan tidak memberi maklum balas apabila dihubungi, bukan begitu sebenarnya.
“Saya ada sahaja, boleh dihubungi pada bila-bila masa, sama ada di tempat kerja, mahupun di rumah,” jelasnya.
Iqwan berkata demikian ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, tengah hari tadi.
Hadir sama ialah Zehra yang ditemani bapanya, Zambri Ahmad dan peguam, Abd. Muiz Samsuri.

Muktamad ceraikan isteri

Mengulas mengenai perceraiannya, Iqwan berkata dia telah melakukan keputusan muktamad untuk menceraikan isterinya.
“Insya-Allah, kami akan bercerai. Ini adalah keputusan muktamad, saya sedia melepaskan Zehra.

“Cuma hari ini, wakil lantikan kami sepakat bahawa berlaku syiqaq (pergaduhan berpanjangan), justeru telah ditetapkan akan berlaku perceraian.“Saya sebenarnya sudah bersedia melafazkan cerai hari ini, tapi keadaan Zehra tidak suci.

“Justeru hakim menasihatkan kami bercerai pada 20 Ogos ini. Kami akan hadir semula ke mahkamah ini untuk lafaz talak raji’i,” katanya.
Terdahulu, Iqwan selaku defendan bersetuju untuk melepaskan Zehra sebagai isterinya selepas menemui kesepakatan menerusi proses tahkim yang diadakan di mahkamah tersebut.
Hakim bagaimanapun telah menetapkan 20 Ogos ini sebagai tarikh untuk Nur Mohd Iqwan melafazkan cerai disebabkan Zehra kini tidak berada dalam keadaan suci.
Zehra pada Mac lepas memfailkan permohonan cerai dengan lima tuntutan termasuk dakwaan berhubung nafkah serta terjadinya keganasan rumah tangga.
Mahkamah menerusi hasil keputusan Jawatankuasa Pendamai pada 14 Julai lalu mendapati berlaku Syiqaq (pergaduhan berpanjangan) antara pasangan suami isteri tersebut.
Untuk rekod, Zehra dan Iqwan berkahwin pada 10 November 2021. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahiyah Iqleela.
Topic Berkaitan
#Anak
#cerai
#hospital
#Permohonan Maaf
#Zehra Zambri
#Iqwan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement