gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Zara Qairina Alami Kecederaan Otak Teruk
HIBURAN
Bantu Amir Raja Lawak, Zizan Mahu Jadi Inspirasi Bukan Riyak - “Saya Takut Sebenarnya…”
VIRAL
"Pegawai Penyiasat Kes Zara Qairina Tidak Ikut SOP, Tindakan Tegas Akan Diambil" - Pengarah JSJ
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/08/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."

Penyanyi dan komposer popular, Hael Husaini meluahkan rasa bangga melihat perkembangan kumpulan Alpha selepas debut dalam industri seni tempatan.Menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, kumpulan yang dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky itu sentiasa menunjukkan kerjasama yang baik dalam setiap tugasan yang diberikan kepada mereka.

“Saya rasa benda itu tidak perlu nak disangkal lagi sebab kalau kita tengok sambutan semasa mereka keluar, mereka membuktikan Kita Malaysia boleh memupuk sesuatu yang baharu kerana kita kekurangan boy band atau boy group.
“Saya sebagai juri pada program Big Stage Alpha yang melihat perkembangan mereka saya rasa bangga apabila mereka menyampaikan lagu-lagu saya dengan baik, Komitmen yang mereka beri semasa latihan cukup luar biasa. Saya harap mereka akan terbang lebih tinggi,” katanya.
Dalam pada itu, pelantun lagu Bujang itu tidak menolak untuk memberi sebuah lagu ciptaannya kepada kumpulan Alpha.
“InsyaAllah saya mahu, saya akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja kalau ada rezeki,” jawabnya ringkas.
Topic Berkaitan
#Hael Husaini
#Alpha
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement