gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hael Husaini Bangga Dengan Alpha, Tak Menolak Untuk ‘Hadiahkan’ Lagu Ciptaannya - “Mereka Membuktikan Malaysia..."
HIBURAN
Iqwan Terkilan Didakwa Jenguk Anak Di Hospital Hanya Untuk Buat Konten - “Saya Tunggu Sahaja Permohonan Maaf Dari Dia”
HIBURAN
"Ada Kata Saya Mengada-Ngada, Lepas Tunjuk Bukti Barulah ..." - Sophia Albarakbah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Ada Kata Saya Mengada-Ngada, Lepas Tunjuk Bukti Barulah ..." - Sophia Albarakbah

Amri Hassan
Amri Hassan
13/08/2025
08:50 MYT
Sponsor Banner
"Ada Kata Saya Mengada-Ngada, Lepas Tunjuk Bukti Barulah ..." - Sophia Albarakbah
Pelakon Sophia Albarakbah mengakui lega selepas mengambil tindakan membuat laporan polis berhubung dakwaan menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual di media sosial.
Sophia atau nama penuhnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, berkata minggu depan dia dijadualkan hadir ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan lanjut berhubung kes berkenaan.
“Selepas buat laporan polis tempoh hari, minggu depan saya akan ke pejabat SKMM untuk beri kenyataan di sana. Sekarang barulah ada rasa lega sedikit.
"Saya buat perkara ini bukan untuk diri sendiri tetapi untuk semua orang, terutamanya rakan selebriti, sebab saya rasa golongan ini kerap jadi mangsa buli siber.
"Perkara ini bukan sesuatu yang patut dinormalisasikan, apatah lagi sekarang kecoh isu adik Zara… buli boleh akibatkan kematian,” katanya kepada Gempak.
Sophia menjelaskan bahawa fenomena buli siber bukanlah perkara asing di luar negara, malah ada kes yang berakhir dengan tragedi bunuh diri.
Pendedahannya di Instagram sebelum ini mengenai pengalaman menjadi mangsa turut memberi kesedaran kepada segelintir pihak yang memandang ringan isu tersebut.
“Kes kematian akibat bunuh diri disebabkan buli siber sangat tinggi seperti di Korea Selatan. Syukur negara kita tak begitu, tapi kes seperti itu memang wujud.
"Selepas saya tunjuk bukti di Instagram sebab ada yang kata saya mengada-ngada sampai buat laporan polis, barulah mereka faham.
"Mungkin sebelum ini mereka tak tahu, jadi saya perlu beri kesedaran tentang apa yang berlaku. Lepas saya dedah bukti, semua orang faham… perkara yang jadi ini memang sangat melampau,” ujarnya.
Dalam masa sama, Sophia terharu dengan sokongan yang diterima daripada rakan-rakan artis yang pernah berdepan situasi sama.
“Saya rasa ramai rakan selebriti lain turut jadi mangsa, sebab itu ramai yang beri sokongan pada saya. Ada yang mesej dan saya rasa mereka faham apa yang saya lalui.
"Jadi saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka kerana prihatin dengan apa yang jadi,” jelasnya.
Terdahulu, Sophia membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menerima kecaman melampau di media sosial.
Menurut peguamnya, Aizat Azam, komen yang diterima bukan sahaja berunsur penghinaan malah turut mengandungi ugutan seksual secara terbuka terhadap anak guamnya itu.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Buli Siber
#Seksual
#Sophia Albarakbah
Must-Watch Video