,
Terkini

Karma! Pemburu Maut Dihempap Gajah Yang Ditembak Rakan

Izwan Isa
19/10/2023
14:20 MYT
Seorang pemburu maut dihempap seekor gajah yang ditembak sendiri oleh rakannya Jumaat lepas.
Menurut laporan CNN, Theunis Botha bersama kumpulannya sedang memburu di Good Luck Farm di Gwayi, Zimbabwe, apabila tiba-tiba dikepung sekumpulan gajah besar.
Mangsa dan kumpulannya kemudian diserang oleh beberapa ekor gajah betina.
Malang tidak berbau, seekor gajah melilit Theunis dengan belalai dan rakannya menembak gajah itu untuk menyelamatkan lelaki itu.
Namun, gajah yang ditembak rebah dan menghempap badan Theunis. Mangsa maut serta merta.
Theunis, 51, sebelum ini menubuhkan taman memburu safari Theunis Botha Big Game pada tahun 1973.
Mangsa merupakan teman rapat Scott van Zyl, 44, yang maut dibaham buaya tahun lalu ketika melakukan aktiviti sama.
Menurut jurucakap Taman Nasional Zimbabawe, Simukai Nyasha, aktiviti memburu yang dilakukan Theunis adalah halal.
Insiden yang menimpa Theunis menarik pelbagai reaksi netizen.
"Pemburu gajah maut dihempap gajah... Gajah itu hero saya," tulis @mamagotyou di Twitter.
"Karma serta merta," tulis @RitaPanahi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tak Hiraukan Larangan Bergambar, Lelaki Mati Dipijak Gajah Depan Tunang

gempak
10/07/2024
13:00 MYT
Seorang pelancong dari Sepanyol maut dalam keadaan mengerikan selepas dipijak sekumpulan gajah yang berang dengan tindakannya turun dari kenderaan untuk merakamkan gambar.
Laman Utama

Pokok Krismas Hempap Pelancong Singapura, Pavilion KL Mohon Maaf!

gempak
26/12/2023
06:48 MYT
Kejadian berlaku pada 25 Disember.
Laman Utama

Astro Raih 16 Anugerah Di Asian Academy Creative Awards 2023!

gempak
29/09/2023
14:27 MYT
One Cent Thief, Liar, Polis Evo 3, Borak Dulu Baru Kamu antara penerima anugerah.
Laman Utama

Astro Raih Lima Anugerah Di Anugerah ContentAsia 2023

gempak
24/08/2023
15:25 MYT
Wah tahniah!
Laman Utama

Liar Terima Sambutan Hebat Penonton, Finale Screening Party Berlangsung Meriah!

gempak
05/07/2023
09:58 MYT
Wah meriahnya Finale Screening Liar!