,
Laman Utama

“Kami Tidak Pernah Merancang…”- Selepas 4 Tahun, Hetty Sarlene Anggap Landon Anugerah Terindah

Syafiqah Jalal
05/02/2021
04:09 MYT
Penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene masih bagai tidak percaya dia kini sudah bergelar ibu kepada seorang putera bernama Landon Alexander Oakes.
Mengimbau kenangan sewaktu mula-mula menyedari dirinya hamil, Hetty tidak menyangka dia dan suami, Daniel Oakes menimang cahaya mata ketika pandemik Covid-19 sedang melanda.
“Kisah kehamilan saya pada mulanya saya tahu saya hamil, ia berlaku seperti magic. Ia wujud selepas seminggu ulang tahun kelahiran saya yang ke-36.
“Kami tidak pernah merancang untuk memilki anak ketika pandemik dan virus berada di sekeliling. Malah kami tidak pernah mencuba. Kami hanya bertenang sahaja,” katanya.
Hetty yang juga bintang Gegar Vaganza 5 (GV5) itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Hetty memuat naik foto dan video ultrasound anaknya ketika berada di dalam kandungan.
Menurut Hetty lagi, dia tidak akan lupa bagaimana kisah bagaimana mereka dapat tahu ada mahluk kecil sedang membesar di dalam perutnya.
“24 Mei 2020- Hari Raya pertama. Saya tidak ada rasa apa-apa. Tidak muntah, tak pening, tiada langsung simptom ibu hamil.
“Sepatutnya saya akan datang bulan kerana sudah tiba masanya. Saya ambil alat periksa kehamilan, Letak ditepi dan datang kembali dalam masa lima minit kemudian saya lihat dua garisan yang jelas dan terang.
“Saya bagai tak percaya. Saya tunjukkan kepada suami. Dia juga tak percaya. Dia meminta saya untuk membeli alat periksa kehamilan yang lebih baik dan bagus.
“Esoknya saya beli 3 alat periksa kehamilan. Balik ke rumah dan mendapati saya sudah hamil 3 minggu. Memang betul saya hamil!
“Jadi saya pun mengadakan temu janji dengan doktor pakar sakit puan. Dia sangat baik dan saya juga sangat selesa dengannya kerana dia sangat mengambil berat.
"Saya pergi ultrasound pertama dan bayi sudah pun berusia lapan minggu dengan degupan jantung yang jelas. Saya menangis bagai tak percaya ada mahluk yang sedang membesar di dalam perut ini,” ceritanya panjang lebar.
Pun begitu, Hetty akui bersyukur dengan segala perancangan Allah kepada dia dan suami.
“Sepanjang kehamilan saya segalanya berjalan dengan baik. Alhamdulilah segalanya dipermudahkan. Dan ketika saya sedang menulis ini saya sedang memeluk bayi kecil yang kacak bak putera raja. Sangat comel, a miracle baby indeed!.
“Kepada yang mendoakan terima kasih. Saya akan doakan kamu semua juga. Teruslah berfikiran positif, kadang kadang rezeki Kita datang dalam perbagai cara. Perancangan Allah itu terbaik,” ujarnya.
Hetty melahirkan bayi sulungnya itu pada 28 Januari lalu di Singapura. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2016.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar