,
Laman Utama

“Kalau Boleh, Amat Penting Kita Mencegah Satu Lagi Pilihan Raya” – Dr Noor Hisham

Azwa Rahman
18/11/2020
23:43 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berpendapat sebarang pilihan raya tidak perlu diadakan buat masa ini bagi mencegah penularan COVID-19.
Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM daripada awal lagi amat bimbang sekiranya pilihan raya diadakan sama ada ia melibatkan pilihan raya kecil, negeri mahupun umum.
Menurutnya, kebimbangan itu terbukti apabila peningkatan kes positif yang dilaporkan di Sabah susulan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri tersebut.
“Selepas PRN Sabah kita boleh lihat peningkatan kes dan ia menyukarkan usaha kita membendung penularan COVID-19.
“Kalau boleh, amat penting kita mencegah satu lagi pilihan raya,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di KKM hari ini.
Dr Noor Hisham berkata demikian bagi mengulas pengisytiharan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum ini menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil bagi kerusi Parlimen Batu Sapi pada 5 Disember.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.