,
Berita

Kagum Dengan Kecekalan, Pogba Hadiah Kemenangan Kepada Kanak-Kanak Thailand

Rozaimi Zubaidi
11/07/2018
08:41 MYT
Bintang Perancis, Paul Pogba menghadiahkan kemenangan separuh akhir mengatasi Belgium kepada 12 kanak-kanak yang terselamat dalam insiden terperangkap dalam gua di Thailand.
Lima mangsa terakhir dari sebuah pasukan bola sepak diselamatkan semalam, daripada gua dimasuki air selepas mengharungi 18 hari yang menyeksakan terperangkap, melengkapkan misi menyelamat yang menarik perhatian dunia.
Kumpulan penyelam elit dan pasukan tentera laut khas Thailand mengeluarkan empat kanak-kanak terakhir termasuk jurulatih berusia 25 tahun menerusi laluan sempit yang dipenuhi air dan gelap.
Susulan kemenangan 1-0 di Saint Petersburg, Pogba menerusi akaun Twitter miliknya mengakui kagum dengan kecekalan kanak-kanak Thailand tersebut.
"Kemenangan kepada hero hari ini, syabas semua, anda sangat kuat." tulisnya.
Menerusi sebuah laporan media, Presiden FIFA, Gianni Infantino pada minggu lalu, menjemput pasukan bola sepak yang dikenali sebagai Wild Boars untuk menyaksikan final Piala Dunia pada Ahad.
Namun FIFA dimaklumkan atas `alasan perubatan, mereka tidak bersedia untuk terbang ke Moscow".
"Keutamaan FIFA adalah kesihatan kepada semua yang terbabit dalam operasi dan akan melihat peluang lain untuk menjemput mereka menyertai acara FIFA bagi berkongsi dan meraikannya," menurut seorang jurucakap.
Pemain bola sepak berusia dari 11 hingga 16 tahun terperangkap selepas meninjau gua berkenaan bersama jurulatih selepas tamat latihan pada 23 Jun.
FIFA turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera laut khas Thailand yang terkorban susulan kehabisan oksigen kerana operasi menyelamat pada Jumaat.
Sumber: Berita Harian Online
Foto: Twitter
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kenapa Comel Sangat? Kecoh Bila Paul Pogba Layan Omar & Hana

gempak
18/09/2021
05:50 MYT
Terbaik karya anak tempatan di mata dunia
Laman Utama

Selepas Cristiano Ronaldo, Giliran Paul Pogba 'Tolak' Minuman Penaja Di Sidang Media

gempak
17/06/2021
14:45 MYT
berani betul buat begitu pada penaja
Berita

Paul Pogba Sambut Ramadan Di Mekah Dengan Mengerjakan Umrah

gempak
22/05/2018
06:06 MYT
Sukan

Pemain Bola Sepak Termahal Dunia, Paul Pogba Sambut Ramadhan Di Mekah

gempak
29/05/2017
07:41 MYT