,
Hiburan

JAWI Tak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

Gempak
14/03/2024
07:18 MYT
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan pasangan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah kondominium mewah, Sabtu lalu.
"Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan JAWI.
“Setakat ini, JAWI dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut," katanya seperti dilapor Berita Harian.
Kenyataan itu susulan timbul dakwaan yang mana JAWI seolah-olah melambatkan proses pendakwaan itu.
Malah, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat jika kes itu terlepas disebabkan pasangan itu adalah 'public figure'.
Terdahulu, akhbar ini melaporkan tangkapan dan serbuan khalwat yang dilakukan JAWI bukan gimik atau sesuatu tindakan untuk mempromosikan mana-mana pihak termasuk selebriti, sebaliknya ia dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sudah ditetapkan.
Mohd Na'im menegaskan perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan, selain berkhalwat juga adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
Menurutnya, bahagian penguatkuasaan JAWI akan melakukan tindakan secara bebas dan adil berdasarkan aduan diterima selepas melakukan siasatan dan mendapati ia berlaku seperti dilaporkan serta akan melakukan tangkapan.
Sumber: Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Hiburan

Banyak Platform Media Sosial Diwujudkan Untuk Jatuhkan Ruhainies - “Walaupun Ada Orang Berniat Jahat, At The End Of The Day…”

gempak
05/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Ruhainies mendedahkan terdapat beberapa platform laman sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak benar untuk menjatuhkannya.