,
Laman Utama

Ini 3 Sebab Kenapa Ibu Bapa Dilarang Cium Mulut Anak Sungguhpun Mereka Masih Kecil

Izwan Isa
07/07/2023
15:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan selebriti memuat naik gambar-gambar mereka bermesra dengan anak-anak sendiri.
Namun, tidak hanya itu, mereka juga turut berkongsi gambar atau video bercium mulut bagi menzahirkan rasa sayang kepada zuriat masing-masing.
Begitupun, perilaku yang dikongsi di laman sosial itu tidak disenangi oleh kebanyakan netizen.
Menurut mereka, ibu bapa tidak patut mencium anak pada bahagian bibir kerana ia boleh mengundang hal-hal yang kurang baik, terutama jika anak sudah dewasa.
Memetik hujahan Dr Taufik Razif yang pernah disiarkan menerusi SinarPlus, perbuatan mencium bibir anak tidak digalakkan.
“Sebenarnya sayang macam mana sekalipun ibu bapa, dilarang untuk cium di bahagian mulut anak walaupun mereka masih kecil,” Dr Taufik melontarkan hujahnya.
Antara sebab-sebab mengapa ibu bapa dilarang berbuat demikian:

1. Boleh merangsang syahwat

Bibir merupakan kawasan sensitif yang boleh merangsang syahwat. Dr. Charlotte Reznick, seorang penulis, psikologi pendidikan dan anak di Universiti California Los Angeles, berpendapat bahawa akan ada kesan buruknya jika ibu bapa selalu mencium bibir anak-anak.
“Ketika seorang anak mencapai usia 4, 5 atau 6, keinginan seksualnya pada usia itu sudah mula datang (dan ada juga anak-anak yang keinginan seksualnya datang lebih awal pada usia 2 atau 3 tahun) dan ciuman di bibir akan mendorong keinginan seksual (syahwat) mereka.”

2. Mulut tempat pindahkan kuman

Ada bayi yang terkena penyakit berjangkit kerana bibirnya seringkali dicium. Ingatlah bahawa, mulut boleh memindahkan kuman melalui ciuman bibir kerana kuman tersebut boleh masuk ke dalam tubuh. Pelbagai jenis penyakit boleh disebarkan melalui mulut.

3. Rasul dan para sahabat hanya mencium pipi anak mereka

Mencium pipi merupakan tanda kasih sayang orang tua kepada anaknya. Hal ini diperbolehkan untuk dilakukan.
Namun ada bahagian tertentu yang disarankan untuk dicium iaitu pada bahagian pipi seperti yang pernah dilakukan oleh Saidina Abu Bakar ketika mencium puterinya, Aisyah.
“Aku masuk bersama Abu Bakar menemui keluarganya, ternyata Aisyah puterinya sedang berbaring kerana diserang sakit panas yang tinggi. Maka aku melihat ayahnya, Abu Bakar, mencium pipinya seraya bertanya:
“Bagaimana keadaanmu, wahai puteriku?” (HR. Al-Bukhari no. 3918).
Walaupun tiada hadis khusus berkaitan perkara ini, tetapi ibu bapa sememangnya tidak digalakkan untuk mencium anak pada bahagian mulut. Cukuplah sekadar menunjukkan kasih sayang pada anak dengan pelukan dan ciuman di pipi.
Sebenarnya ada empat tempat ciuman dan dua tempat gosokan yang digalakkan pada ibu bapa melakukannya pada anak.

1. Ciuman di kepala (ciuman kebanggaan)

Bila kita rasa berbangga dengan pencapaian anak kita. Contohnya dia berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan, cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.

2. Ciuman di dahi (tanda reda)

Bila anak kita buat sesuatu yang membuatkan kita rasa reda dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.

3. Ciuman di pipi (ciuman rindu)

Bila ambil anak daripada taskda atau bila anak baru pulang dari sekolah, tempat terbaik nak cium adalah di bahagian pipi.

4. Ciuman di tangan (ciuman kasih sayang)

Ciuman di tangan sangat istimewa, sebab itu kita perlu mengajar anak kita mencium tangan kita bagi menzahirkan rasa hormat dalam diri.
BACA: “Tak Diajar Budaya Dan Agama Ye?” - Kongsi Gambar Cium Anak Lelaki Di Bibir, Kevin Zahri Dikritik Netizen
BACA: Netizen Nasihat Noor Nabila Untuk Berhenti Cium Mulut Anak - "Dah Boleh Stop..."
BACA: Selepas Noor Nabila, Vida Pula Dikritik Sebab Cium Mulut Dengan Anak - "Kena Belajar Ilmu S*x Education"
Sumber: SinarPlus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
gegar-vaganza-11

GV 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.
gegar-vaganza-11

GV 11: Hetty Koes Endang Gembira Dapat Kembali Sebagai Juri, Harap Peserta Santai Membuat Persembahan - “Anggap Sahaja Ia Seperti…”

gempak
24/11/2024
06:55 MYT
Menurut juri tetap GV itu, apa yang penting adalah setiap peserta seharusnya menjaga kesihatan mereka sepanjang bertanding di program realiti hiburan pilihan peminat itu.
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Berita

Penunggang Motosikal Terbunuh Dilanggar Lori Berundur Secara Tiba-Tiba

gempak
24/11/2024
02:45 MYT
Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas sebuah lori yang sedang mengisi petrol tiba-tiba berundur dan melanggar mangsa dalam kejadian di Jalan Kerinchi menghala Jalan Pantai Baru, di sini, pada Sabtu.
Unitar