,
Hiburan

Ibu Aliff Aziz Mohon Jangan Hina Keluarga - “Ada Yang Mengkafirkan, Memunafikkan Orang Tua Kami”

Mya Amri
19/03/2024
13:54 MYT
Ibu penyanyi Aliff Aziz, iaitu Siti Hafiza Basharahil memohon agar netizen berhenti mengeluarkan kata-kata berbaur hinaan terhadap keluarga mereka.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Hafiza memaklumkan keluarganya menerima pelbagai bentuk hinaan melampau termasuklah arwah ibu dan bapa mereka.
“Di sini saya hanya inqin berkongsi sedikit pandangan ikhlas. Ramai yang DM saya dengan perbagai kata-kata yang baik atau sebaliknya.
“Saya dan suami menerima semuanya dengan berlapang dada, amin. Hanya kami mohon pada saudara-saudara seislam hentikan lah kata-kata kesat atas almarhum ibu dan ayah saya dan juga almarhum orang tua suami saya.
“Ada yang hingga mengkafirkan mereka, memunafik kan orang tua kami, memaki, menghina dan banyak lagi kata-kata yang kami tidak sampai hati untuk meluahkan di sini, SubhanAllah.
Menerusi hantaran yang sama, Hafiza juga telah memaafkan mereka yang terlalu taksub kepada manusia.
“Jika ingin menghina, hinalah kami kerana kami ibu dan ayah dan tanggungjawab kami hingga ke liang lahat.
“Kami terima dengan hati yang terbuka dengan izin Allah dan dengan rendah hati kami mohon kemaafan dan juga kami memaafkan semua yang terlalu taksub pada manusia yang belum pasti kebenarannya.
“Yakin lah Allah masih menutup keaiban anda dan jika Allah buka keaiban anda pasti akan merasa apa yang kami rasa alhamdulillah. Taksublah hanya kepada Allah pencipta kita,” tulisnya.
Terdahulu, dunia hiburan digemparkan dengan penahanan Aliff dan Ruhainies oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu.
Ruhainies dan Aliff akhirnya tampil memberikan penjelasan berkenaan isu khalwat itu.
Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.
Ruhainies berkata, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.
Selang beberapa minit selepas Ruhainies membuat penjelasan, Aliff juga turut bersuara mengenai dakwaan khalwat berkenaan.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

Menurut Aliff, dia mengambil langkah untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan fakta oleh mana mana pihak.
Baru-baru ini, Hafiza didakwa sudah tidak mengikuti menantunya, Bella Astillah di akaun Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

Mahu Dapat Keberkatan, Ezaidi Aziz Elak Babak Bersentuhan Yang Melampau - “Kalau Kita Buat Benda Tak Berkat, Saya Takut…”

gempak
12/09/2024
10:25 MYT
Pelakon baharu, Ezaidi Aziz memberitahu dia sememangnya meletakkan batasan dengan pelakon wanita gandingan dalam mana-mana drama.
Hiburan

“Semua Selebriti Pakai Baju Kami, Termasuklah Bella Astillah" - FiziWoo

gempak
11/09/2024
21:55 MYT
Jenama rumah fesyen terkenal, FiziWoo memaklumkan aktor kontroversi, Aliff Aziz merupakan pelanggannya sejak beberapa tahun lepas.
Hiburan

Netizen Bengang Jenama Fesyen Terkenal Bekerjasama Dengan Aliff Aziz? – “Done Unfollow! Tak Ada Manusia Lain Lagi Ke?"

gempak
11/09/2024
06:55 MYT
Aktor sensasi Aliff Aziz mencuri tumpuan warganet apabila tampil dalam perkongsian sebuah jenama rumah fesyen terkenal tanah air, FiziWoo, baru-baru ini.
Hiburan

Enggan Terlibat ‘Cinta Lokasi’, Bella Astillah Letak Batasan Setiap Kali Berlakon Dengan Pelakon Lelaki - “Kita Mula Dengan…”

gempak
10/09/2024
23:55 MYT
Syukur tidak timbul sebarang masalah ketika bergandingan dengan pelakon Ezaidi Aziz dan Eyka Farhana dalam sebuah drama siri, pelakon Bella Astillah berkata dia sentiasa meletakkan batasan ketika menjalani penggambaran.