,
Gaya Hidup

"Hentikan Penipuan Ini!" Aishah 'Sedih' Produk Kuruskan Badan Guna Duta Orang Yang Turun Berat Sebab Pembedahan

Badrul Hashim
05/12/2020
14:30 MYT
Juara Gegar Vaganza musim keempat, penyanyi bersuara lunak Aishah melahirkan rasa sedih dan 'bengang' dengan segelintir syarikat yang mengeluarkan produk menguruskan badan yang menggunakan cara menipu untuk melariskan produk mereka.
Penyanyi Malaysia pertama yang pernah memasuki carta Billboard Hot 100 itu menulis rasa tidak puas hatinya di satu entri di Instagram miliknya.
"Beberapa hari ini I banyak tertengok gambar-gambar lama semasa bertanding di dalam GV4. Huhuhuhu mukaku macam bulan mengambang, pipi pauh sebesar padang., It felt like a life time away.
"Perjalanan penurunan berat badan satu cabaran, walaupun dengan menjalani pembedahan Bariatric bersama @dr.mustafamt.
Tulis Aishah, hanya mereka yang pernah mencapai tahap kegemukan yang teruk (morbid obesity) sahaja yang tahu cabaran kehidupan mereka yang bersaiz badan berlebihan.
"Sakit kakinya, penyakit-penyakit lainnya, frustration dengan body shaming dan kualiti hidup yang agak terhad bila badan kita pada saiz itu.
"Setiap hari adalah satu 'struggle' satu cabaran. Dua tahun selepas pembedahan I dapat turunkan 33kg dan masih berusaha untuk sampai ke 'target weight'. The struggle is real, the pain is also so so real.
"Jadi, I rasa sedih apabila terjadinya syarikat produk-produk kuruskan badan yang menggunakan duta yang sebenarnya telah kurus kerana pembedahan Bariatric dan sebenarnya bukan kerana keberkesanan produk mereka. Allahuakbar, hentikan penipuan ini!!!! IT IS NOT RIGHT!!!!" tulis Aishah.
Aishah turut memohon pihak berkuasa untuk memantau produk-produk sebegini yang mudah menipu para pengguna.
"Pihak berkuasa pantaulah produk-produk begini. Kesiankanlah mereka yang struggle dengan berat badan dan ditipu dengan produk-produk yang claim penurunan berat badan duta mereka adalah kesan dari produk mereka, tetapi sebenarnya adalah hasil dari pembedahan Bariatric ini.
"Ini satu penipuan. Kesiankanlah pengguna," tulis Aishah lagi.
Penyanyi Aishah merupakan seorang yang lantang bersuara tentang sebarang ketidak adilan terutamanya tentang perkara yang dekat dengan hati dan dirinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

gempak
05/08/2024
04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Aishah Sempoi Hiburkan Geng Sangkut Traffic Jammed Depan Rumah! - "Tambah Sesak Sebab Dapat Konsert Free"

gempak
14/04/2024
15:26 MYT
Juara Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4), Datuk Aishah menghiburkan pemandu kenderaan yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di hadapan kediaman keluarganya baru-baru ini
Laman Utama

Aishah Nafi Persendakan Kesengsaraan Rakyat Palestin - “Itu Bukan Satu Penghinaan…”

gempak
18/10/2023
00:55 MYT
Aishah jelaskan mengenai jawapannya melibatkan isu Gaza.
Unitar