,
Laman Utama

Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, Dua Maut: Jatuh Berdekatan Rumah Pelakon Sharifah Shahira

Fiza Kamarudin
08/11/2020
05:33 MYT
Sebentar tadi tular di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi Whatsapp beberapa keping foto dan video kemalangan membabitkan dua buah helikopter.
Susulan itu media tempatan melaporkan sebuah helikopter terhempas di kawasan padang berhampiran sebuah sekolah di Taman Melawati, Ampang.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha mengesahkan kejadian itu.
"Ya betul ada terima panggilan daripada orang awam.
"Saya tak boleh maklum apa lagi. Saya sedang menghala (lokasi kejadian)," katanya.
Sementara itu menerusi laporan Astro Awani, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis mengesahkan berlaku kejadian helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati, Ampang, Selangor kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Kejadian melibatkan dua buah helikopter yang dipercayai bertembung di udara sebelum terhempas.
Laporan awal menyatakan terdapat 4 mangsa, 2 lelaki dan 2 peremuan dimana 2 didapati tidak sedarkan diri.
Sementara itu pelakon, pelawak dan penyampai radio Sharifah Shahira turut menulis ciapan di laman sosial Twitternya mengenai kemalangan tersebut.
“Helikopter jatuh dekat je rumah kami. Allah kesiannya…Doakan tak ada apa-apa la,” ciapnya sebelum berita mengenai kemalangan tersebut dilaporkan media.
Di bawah merupakan beberapa keping foto tular di Whatsapp sejak jam 12 tengahari tadi:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat, Kawasan Rumah Sharifah Shahirah Antara Yang Terjejas - “Jadi Depan Mata…”

gempak
15/10/2024
05:25 MYT
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan E6, Taman Melawati, Ampang susulan hujan lebat yang bermula sejak awal pagi ini.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Zulin Aziz Kembali Ke Pentas Lawak Selepas ‘Termakan’ Pujukan Seorang Artis! - “Ikutkan, Saya Memang Tak Nak Tapi…”

gempak
20/09/2024
13:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz mendedahkan dia pada mulanya tidak mahu menyertai pentas Muzikal Lawak Supertar 4 (MLS4) namun akhirnya berubah fikiran selepas termakan pujukan penyampai radio, Sharifah Shahirah.
Hiburan

Pernah Beri Bantuan, Sharifah Shahirah Syukur Aman Graseka Kini Berniaga Jellyball - “Saya Dah Block La Sebab Tak Nak…”

gempak
02/09/2024
02:55 MYT
Penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah meluahkan rasa gembira apabila mengetahui pelakon Aman Graseka kini sedang giat berniaga di Kedah.
Hiburan

Oddah Luah Hasrat Nak Jadi Artis, Sharifah Shahirah Tak Halang… Siap Bagi Pesanan - “Kau Kena Kuat, Orang Akan…”

gempak
01/08/2024
02:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio popular Sharifah Shahirah memaklumkan anak perempuannya, Audrra atau lebih dikenali sebagai Oddah meluahkan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang artis.
Hiburan

Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

gempak
23/04/2024
05:40 MYT
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
BorakSeeni