,
Laman Utama

Hasil Jualan Sambal Nyet, Khairul Aming Sumbang RM100,000 Untuk Palestin

Amri Hassan
15/10/2023
11:39 MYT
Pempengaruh popular Khairul Aming menyalurkan sebahagian daripada wang hasil jualan Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia demi membantu umat Islam di wilayah bergolak itu.
Berkongsi maklumat terbabit di media sosialnya, seru Khairul Aming agar rakyat turut sama membantu memenuhkan tabung terbabit untuk disalurkan ke sana.
"Hari ni kita salurkan Rm 100k daripada Sambal Nyet ke tabung Cinta Gaza Malaysia (CGM) untuk membantu saudara kita di sana. Sumbangan ini datang daripada sokongan anda semua selama ni.
"Dalam masa yang sama I want to help CGM untuk penuhkan crowdfunding 10 juta ringgit yang diperlukan untuk bantuan bahan api, ubat-ubatan, makanan, peralatan search & rescue dan lain-lain lagi. Buat masa sekarang dah 6 juta ringgit terkumpul. Tak lama lagi bumi Gaza akan masuk musim sejuk.
"Jadi jom kita ajak ramai2 untuk penuhkan tabung ni and you guys boleh cari link untuk menderma di semua profile social media saya. Kalau anda tak dapat menderma, jangan sesekali risau.
"Yang penting kita bantu dengan doa, ambil tahu dan sebarkan awareness sebanyak yang mungkin. Semoga perjuangan saudara kita di sana dipermudahkan amin," serunya.
Dalam masa yang sama I want to help CGM untuk penuhkan crowdfunding 10 juta ringgit yang…— Khairulaming (@khairulaming) October 15, 2023 Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak RM6 juta berjaya dikutip untuk disalurkan ke tabung Cinta Gaza Malaysia.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Khairul Aming Pimpin Ikrar Rukun Negara, Hael Husaini, Pinn Yang & Noraniza Idris Meriahkan Keretapi Sarong 2024

gempak
14/09/2024
07:55 MYT
Pempengaruh yang popular dengan kandungan masakan itu juga mengingatkan kepada semua peserta yang datang supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.
Hiburan

“Tak Halang Untuk Dia Jadi Content Creator Tapi…’ - Dr. Say Izinkan Anak Jadi Pencipta Kandungan Namun Bersyarat

gempak
12/09/2024
08:55 MYT
Sebagai ibu bapa, meskipun memberi kebebasan memilih dia mahu anaknya untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Keluarga Vijaya Lakshmi Terima Sumbangan Ihsan RM30,000

gempak
06/09/2024
09:25 MYT
Keluarga G Vijaya Lakshmi, rakyat India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur dua minggu lalu menerima sumbangan ihsan RM30,000 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum berlepas ke tanah air mereka pada 1 September lalu.