,
Hiburan

GV11: Suami Kurang Yakin Masih Boleh Menyanyi, Illa Sabry Terus Ambil Kelas Vokal - "Kita Jadi Isteri Pun..."

Ernalisa
09/11/2024
03:55 MYT
"Awak boleh nyanyi lagi ke?" - Itulah reaksi yang diberikan oleh suami bintang GegarVaganza musim 11 (GV11), Illa Sabry sebaik sahaja mendapat tahu isterinya bakal berentap dalam program berkenaan.
BERITA BERKAITAN: Ronnie Hussein, Illa Sabry,Ning Baizura Bakal Sertai GV11? Peminat Mula Cadang Pilihan Masing-Masing - “Nak Tengok Mas Idayu Masuk”

BERITA BERKAITAN: Konsert ByAjai & Mega Friends Sukses, Ada Sebab Penyanyi Jemputan Menyanyi Dua Lagu - “Walaupun Saya Ini Abang Mereka, Yang Menaikkan Mereka Tapi…”

​BERITA BERKAITAN: GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

​BERITA BERKAITAN: GV11: Ronnie Hussein Sebak Impian Arwah Ibu Tak Kesampaian Tengok Beraksi Di Pentas GV – “Dia Percaya Yang Saya Boleh Buat & Banggakan Dia”

Menurut Illa, pada mulanya dia tidak menerima respon positif daripada suami yang kurang yakin dengan nyanyiannya selepas hampir 20 tahun menyepi dalam dunia seni.
Bagaimanapun perkara itu tidak menghalang Illa untuk memasuki GV11 sebaliknya rasa kurang yakin suaminya itu membuatkan dirinya tekad untuk mengambil kelas vokal.

"Suami saya waktu itu macam 'boleh ke? betul ke?', disebabkan itu kita pun jadi takut. Suami sendiri pun tak yakin apatah lagi kita.

"Tapi saya tetap terima tawaran GV11 dan kini saya akan ambil kelas vokal untuk pastikan boleh tutup kekurangan saya," katanya.
Tambah Illa lagi, setakat ini dia berpuas hati dengan cara nyanyian setelah memasuki kelas vokal.

“Dalam hati saya kata rupanya masih boleh menyanyi lagi. Lama-kelamaan suami pun sudah mula yakin dengan saya.

“Suami alhamdulillah tiada halangan. Cuma pada awalnya dia macam kurang yakin dengan saya. Itu sahaja.
“Sebab saya pun sudah lama tinggalkan bidang suara,” jelasnya.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Fasillah Sabry yang terkenal dengan lagu Keranamu Kekasih antara nama yang dicanang sebagai bintang GV11.
Antara barisan artis yang bakal berentap pada GV11 kali ini ialah Liza Aziz, Ning Baizura, Ronnie Hussein, Nai Dinamik, Fairuz Selamat, Yazid Lovehunters, Reshmonu, Sheila Abdul, Arrora Salwa dan Zehra Zambri.
Selain itu ia menyaksikan penglibatan lagenda dari Indonesia iaitu Inka Christie, Dadali Dyrga dan The Lima yang dianggotai oleh Taura, Bony dan Arif.
Manakala barisan juri masih diketuai Datuk Ramli MS bersama Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.
Program yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
GV 11 bakal bermula pada 24 November ini dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104). Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Ikmal Amry Tak Selesa Lakon Babak Mesra Dengan Pelakon Wanita - “Salah Tetap Salah”

gempak
21/11/2024
04:55 MYT
Pelakon Ikmal Amry mengakui dirinya tidak selesa melakonkan babak bersentuhan dengan pelakon wanita.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Hiburan

“Tak Letak Syarat, Asalkan Tahu Jaga Batas…” - Suami Beri Keizinan, Zulin Aziz Buat Comeback

gempak
20/11/2024
03:55 MYT
Suami kepada pelakon, Zulin Aziz iaitu Farhan Norzaini memberi keizinan dan sokongan penuh kepada isterinya untuk kembali bergiat aktif dalam dunia komedi selepas sekian lama berehat.
Hiburan

Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

gempak
19/11/2024
21:50 MYT
Pelakon dan penyanyi, Adira berkongsi ciri-ciri suami yang diharapkannya sekiranya kembali berumah tangga.
Unitar