,
Berita

Giring Jadi Selebriti Indonesia Terkini Yang Positif COVID 19

Maliah Surip
02/01/2021
02:50 MYT
Bekas vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha mengesahkan dirinya sedang dijangkiti COVID 19.
Giring yang kini aktif dalam bidang politik mengaku kepada pihak wartawan Indonesia, dirinya positif COVID 19 saat dihubungi semalam.
"Ya, saya telah dijangkiti Covid 19," katanya seperti dilaporkan oleh Kompas.com.
Menurut Giring, sehingga 1 Januari 2020, dia sudah 12 hari positif COVID 19, sejak pertama kali sedar dijangkiti virus tersebut pada 21 Disember lalu.
Saat ini, dia mengatakan sedang melakukan kawalan kendiri dan sudah berasa lebih sihat berbanding sebelum ini.
"Kalau dihitung sudah 12 hari saya positif COVID 19 dan sedang melakukan kawalan kendiri.
"Tapi Alhamdulillah, kesihatan saya lebih baik sekarang," katanya lagi.
Lanjut penyanyi itu, pada awal terjangkiti COVID 19, dia sempat mengalami sakit pinggang dan cirit birit.
"Selepas melakukan tes swab yang pertama, saya kena cirit birit yang sangat parah dan sakit pinggang. Syukur, tak alami sesak nafas," ceritanya.
Giring bagaimanapun mengatakan dia tak berasa down saat mengetahui telah dijangkiti virus tersebut.
Namun katanya, hal yang paling dibimbangkan adalah jika isteri dan anak anaknya, positif sama.
"Syukur ya apa yang saya bimbangkan tidak terjadi. Isteri dan anak negatif, hanya saya seorang yang positif," akuinya.
Sekadar informasi, sehingga 1 Januari 2021, Indonesia telah merekodkan sebanyak 751,270 kes positif COVID 19.
Instagram: @giring
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Berita

KKM Kesan Satu Kes Positif Mpox - KP Kesihatan

gempak
17/09/2024
06:25 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes positif cacar monyet atau mpox varian clade II di negara ini, semalam.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.