Laman Utama
(FOTO) Subhanallah, Begini Imej Batu Hajar Aswad & Makam Ibrahim
Pihak berkuasa Arab Saudi beberapa hari lalu mendedahkan foto paling istimewa dan sangat bersejarah kepada umat Islamnya khususnya dan dunia amnya.
Buat pertama kali, pihak Arab Saudi yang diwakili Presiden Am bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci mempamerkan imej terkini batu Hajar Aswad yang diambil secara terperinci menggunakan teknologi Fox Stack Panorama.
Sebanyak 1,050 gambar Batu Hitam diambil menggunakan teknik tersebut dengan memerlukan masa lebih dari 50 jam untuk menghasilkannya.
Batu Hajar Aswad dibingkai dengan perak di sudut tenggara Kaabah, bangunan berbentuk kubus yang dibangun oleh Nabi Ibrahim dan puteranya, Nabi Ismail.
Kebanyakan jemaah sama ada pada musim haji atau umrah berjalan berlawanan arah jarum jam di sekitar Hajar Aswad.
Jemaah biasanya menyentuh, mencium, atau melambai pada Hajar Aswad yang didakwa berwarna putih pada asalnya sebelum imej terkini dengan warna hitam kemerah merahan didedahkan saat berjalan melewatinya.
Belum pun habis umat Islam kagum dengan imej terkini Hajarul Aswad, Arab News melaporkan kerajaan mereka kini mendedahkan foto Makam Ibrahim yang terletak di Masjidil Haram.
Foto dengan resolusi tinggi itu diambil menggunakan teknik baharu menerusi stacked panoramic focus.
Memetik Utusan Melayu, Makam Ibrahim merupakan binaan yang mengandungi batu kecil yang terletak 10 ke 11 meter ke timur Kaabah iaitu bahagian menuju ke Safa dan Marwah.
Di dalam binaan itu, terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah SWT dari syurga bersama batu-batu kecil lain yang terdapat di Hajarul Aswad.
Di atas batu Makam itu, Nabi Ibrahim pernah berdiri semasa baginda mendirikan kaabah bersama puteranya, Nabi Ismail yang memberikan bongkah-bongkah batu kepadanya.
Di sekeliling batu Makam Ibrahim itu diikat dengan perak dan dibuat kandang besi yang berbentuk sangkar burung.
Menerusi beberapa siri ciapan dalam Twitter, Presiden itu turut memasukkan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan makam itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Jelasnya, batu itu berukuran 40 sentimeter (cm) panjang dan lebar serta mempunyai ketinggian dalam 20 cm.
Batu itu berwarna seakan-akan kekuningan dan putih kemerah-merahan.
Kredit Foto: Agensi
Must-Watch Video