,
Laman Utama

Dua Lagu Naim Daniel Tidak Tersenarai Ke AJL35, Netizen Luah Kekecewaan - “Banyak Lagu Merapu Dapat”

Azwa Rahman
16/12/2020
02:02 MYT
Penyanyi Naim Daniel meluahkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan terhadap dua lagunya, Sembah dan Adakah Kau Menungguku yang berentap di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35).
Menerusi laman sosial Instagram, Naim memuat naik sebuah video sedang mengelap trofi juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-34 yang dimenanginya tahun lalu untuk tatapan umum.
“Terima kasih semuanya, tahniah kepada finalis, moga Allah bersama kalian selalu! Assalamualaikum,” tulis Naim di ruangan kapsyen.
Dua lagu Naim, Sembah bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan Adakah Kau Menungguku bersama Tuju karya Naim, Adib Hamdi dan Tuju tidak tersenarai sebagai 12 lagu yang mara ke peringkat akhir.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kecewa mereka apabila dua karya Juara AJL34 itu langsung tidak terpilih oleh barisan juri yang diketuai oleh komposer Azmeer.
Malah, ramai yang turut memberikan kata-kata semangat pada Naim untuk tidak bersedih dan sentiasa terus berkarya.
Keputusan tahun ni sangat mengecewakan. Banyak lagi lagu best-best tak dapat. Yang merapu banyak dapat,” luah seorang wargamaya.
Lagu Sembah patut pegi final daripada lagu yang ntah apa-apa tu,” kata seorang wargamaya.
Takpe la Naim, takde rezeki malam ni tapi insya-Allah akan ada rezeki yang lebih baik menanti,” pujuk seorang wargamaya.
Saya pelik tahun lepas lagu Naim masuk siap juara lagi tapi tahun ni satu lagu pun takde,” komen seorang wargamaya.
Takpe la walaupun tak dapat masuk, saya tetap fans nombor satu Naim, i will support you. Dont give up,” sokong seorang wargamaya lagi.
Pada saringan terakhir yang diadakan pada malam tadi, 12 lagu layak ke AJL35 antaranya Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki dan Tuju), Hutang (Floor 88), Eh (Zizi Kirana) dan banyak lagi.
BACA: Senarai Penuh 12 Lagu Mara Ke AJL35: Hati, Aku Bidadari Syurgamu, Belenggu Rindu, Peluang Kedua Antara 12 Finalis
AJL35 dijadualkan akan berlangsung pada 7 Februari depan secara lansung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Islam Hanya Pada Kad Pengenalan, Anak Ahmad Dhani Pernah Lalui Fasa Tak Kenal Agama – “Saya Pernah Tanya Bunda, Kenapa Saya Sembah Allah”

gempak
15/06/2024
04:55 MYT
Anak lelaki bongsu Ahmad Dhani dengan bekas isteri, Maia Estianty, Dul Jaelani mendedahkan pernah mempersoalkan mengapa perlu menyembah atau solat kerana tidak mengenali Allah SWT.
kaharkaplahighcouncil

Kahar Kapla High Council

gempak
11/06/2024
12:58 MYT
Jom! Jom! Jangan tunggu last minute untuk korang join Peraduan Lesen High Council
the-hardest-singing-show

THSS: Raih Posisi Juara Minggu Ke-5, Aepul Roza Dedah Persembahan Terinspirasi Daripada Naim Daniel

gempak
10/06/2024
12:55 MYT
Penyanyi, Aepul Roza mengakui persembahannya pada minggu kelima konsert The Hardest Singing Show (THSS) diinspirasikan daripada persembahan penyanyi Naim Daniel ketika di Anugerah Juara Lagu Ke-34.
Hiburan

Solidariti Artis Untuk Program Malaysia4Palestin

gempak
25/05/2024
06:55 MYT
Penyanyi Naim Daniel menganggap program Malaysia4Palestin merupakan satu inisiatif untuk selebriti memberi sumbangan dari segi tenaga kerja selain sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.
Hiburan

Ada Yang Masih Ragu-Ragu Naim Daniel & Sissy Iman Sepupu, Ini Jawapan Tuan Punya Badan

gempak
21/05/2024
11:50 MYT
Biarpun penyanyi, Naim Daniel sebelum ini sudah memaklumkan bahawa dirinya dan Sissy Imann merupakan sepupu, namun masih ada lagi yang ragu-ragu dengan status tersebut.