,
Laman Utama

Dihalau Dari Farmasi Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka, Ini Kenyataan Bruce Willis

Asraf Aided
14/01/2021
00:45 MYT
Aktor popular Hollywood, Bruce Willis diminta keluar dari sebuah farmasi baru-baru ini kerana tidak memakai pelitup muka.
Memetik laporan Independent, bintang berusia 65 tahun itu walaubagaimanapun mengakui kesilapannya.
"Ia merupakan satu kesilapan," katanya ringkas dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Bruce turut menyeru orang ramai untuk kekal selamat dan terus memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Kekal selamat semua orang di luar sana dan mari teruskan memakai pelitup muka," katanya lagi.
Pada hari kejadian, pelanggan lain dalam farmasi tersebut berasa tidak selesa apabila Bruce enggan memakai pelitup muka walaupun dia memakai bandana di bahagian leher.
Bruce kemudiannya melangkah keluar sebelum sempat membeli apa-apa.
Sekadar rekod, kadar kematian di California, Amerika Syarikat telah mencatat jumlah 30,000 minggu ini dan kes keseluruhan COVID-19 di negara itu telah melebihi dua juta.
Sumber : Independent Kredit Foto : Report Door
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Berkawan Baik, Arnold Schwarzengger Sifatkan Bruce Willis Yang Nyanyuk Tak Pernah Bersara

gempak
29/05/2023
14:50 MYT
Arnold sifatkan Bruce seorang insan luar biasa
Laman Utama

Penularan Arcturus, KKM Syor Pelajar Sekolah Pakai Pelitup Muka!

gempak
26/04/2023
21:23 MYT
Patuh SOP!
Laman Utama

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk

gempak
21/03/2023
09:26 MYT
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Laman Utama

Keluarga Umum Aktor Bruce Willis Nyanyuk

gempak
17/02/2023
15:50 MYT
Bruce Willis akhirnya meninggalkan dunia seni kerana masalah kesihatannya.
Laman Utama

“Sis Next Time Pakai Mask Ye” - Bimbang Kes COVID-19 Naik Kembali, Netizen Tegur Adira Supaya Pakai Pelitup Muka Di Tempat Awam

gempak
04/08/2022
02:50 MYT
Peminat bimbang keselamatan Adira yang tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di luar