,
Laman Utama

“Dia Masih Ada Tone & Key Tinggi” - Ramai ‘Power Vokal’, Adibah Noor Anggap 3 Penyanyi Ini Bakal Beri Persaingan Hebat Gegar Vaganza 8!

Hanafis Haris
15/11/2021
02:46 MYT

Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Adibah Noor akui persaingan tahun ini agak sengit memandangkan ramai penyanyi yang dikategorikan sebagai ‘powerhouse’ menyertai program berkenaan.

Menurut Adibah, daripada mula dia mengetahui Nikki Palikat memasuki GV8, dia merasakan penyanyi berkenaan merupakan persaingan vokal paling hebat.

“Selain itu abang Shidee dan Aweera juga hebat. Macam Aweera bila saya dengar dia rehearsal, ya Allah, dia masih ada tone dan key yang tinggi tu.

“Peserta kali ni bukan calang-calang, walaupun mungkin ada berpendapat sesetengah orang itu tidak patut berada di situ, namun peluang itu semua sama saja.

“Siapa buat salah, habislah. Kadangkala benda ni tak jangka, kita ingat kita dah hebat, tapi sekali buat salah, habislah,” katanya.

Katanya, untuk persaingan GV8 ini, dia berhasrat menyanyikan lagu rock pernah dinyanyikan penghibur lelaki seperti kumpulan Fotograf, Visa dan Rahim Maarof.

“Saya belum pernah menyanyikan lagu- lagu berkenaan dalam persembahan dan sangat meminatinya,” katanya.

Untuk rekod, program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza muncul kembali untuk musim kelapan.

Bakal membuka tirai menerusi tagline ‘Bintang Kembali Menyengat’, pentas berprestij Gegar Vaganza lapan (GV8) akan menjadi medan penentu bagi 13 pesaing utama.

Enam bintang solo lelaki yang akan memberi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz (Singapura).

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang menyahut cabaran untuk berentap dalam GV8 ialah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki dan Upiak Isil (Indonesia).

Musim ini juga turut meriah dengan kehadiran pelawak terkenal, Saiful Apek & Yassin serta Nico yang mewakili penyertaan secara duo dan berkumpulan.

Konsert mingguan ‘GV8’ pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 November 2021.

BACA: Pertempuran Hebat 3 ‘Penjuru’, Ini Senarai 13 Bintang Gegar Vaganza 8!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar