,
Laman Utama

"Dia Belanja Bicepslah" - Otot Kekar Jadi Dambaan Netizen, Intip Cara Noki Jaga Badan Kekal Sador & Sihat

Amri Hassan
07/03/2022
05:49 MYT
Biarpun tidak pulang dengan habuan, persembahan anggota kumpulan K-Clique, Noki dalam lagu Aewo bersama Shiha Zikir di Anugerah Juara Lagu ke-36 malam tadi tetap menjadi sebutan netizen.
Masakan tidak, selain dipuji kekacakannya, sosok tubuh Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 28, terus menjadi bualan di media sosial.
Paling diperhatikan apabila Noki yang tampil dengan gaya baju tanpa lengan itu beraksi penuh bersemangat sambil menari di belakang Shiha dalam salah satu shot yang turut tular di media sosial.
Kata netizen, biceps Noki perlu diberikan perhatian dan pujian!
"Just Noki making everyone love his biceps," puji seorang pengguna.
"Damn Noki so attractive and Shiha so gorgeous," tambah pengguna lain.
"I thought Noki is biasa-biasa je, but tonight handsome lah," sahut pengguna lain pula.
"Noki biceps, lord help me," tambah individu lain.
"Kalau I juri, I bagi Noki menang! Peduli apa dengan lirik, muzik, vokal. Biceps dia padu oi," sahut individu lain pula.
"Oh man. I should really pay attention to this Noki guy," tambah pengguna lain lagi.
Noki antara artis yang kerap berkongsi rutin penjagaan diri di media sosialnya demi memastikan tampil berkarisma dan menawan sepanjang masa.
Selain ke gimnasiu, Noki juga kerap meluangkan masa beriadah dan bersukan. Paling digemarinya adalah sukan bola keranjang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.