gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Azhar Sulaiman Cadang Naik Taraf Lapangan Terbang Kuantan Jadi ‘Airport In The Garden’ - "Biar Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Di Hawaii"
HIBURAN
Tak Tiup Lilin Ketika Birthday, Netizen Respect Tindakan MK K-Clique - “Padam Guna Tangan Je…”
HIBURAN
Bukan Anugerah Dibeli, Uqasha Senrose Bangga Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin - "Adik Ipar Ada Bisnes & Sumbangan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Buat Drama Lagi? Aliff Syukri Akui Ada Masalah Mental, Ucap Selamat Tinggal Dengan Media Sosial

Izwan Isa
Izwan Isa
13/08/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Buat Drama Lagi? Aliff Syukri Akui Ada Masalah Mental, Ucap Selamat Tinggal Dengan Media Sosial
Another day, another drama. Mungkin itulah yang berada dalam fikiran ramai orang apabila menyaksikan ‘perangai’ usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri.
Setelah beberapa hari menerima kecaman netizen akibat memuat naik video-video yang kurang molek untuk dijadikan tontonan, kini, Aliff kembali memberi kenyataan mengejutkan tentang dirinya.
Menerusi sebuah video yang telah dipadam, Aliff berkongsi rakaman yang menyaksikan dirinya menangis teresak-esak sambil mengakui mempunyai masalah mental tahap dua.
Menurut Aliff, sehingga ke hari ini, dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa tentang masalahnya itu. Aliff turut memaklumkan yang dia bakal mengundurkan diri daripada media sosial.
“Bye bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan yang terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini.
“4.3 juta kawan dan semua media sosial saya seperti Instagram, Facebook dan TikTok yang berjuta-juta. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua, tak tahan sudah,” ucapnya.
Terdahulu, video promosi lagu dangdut berjudul Baby Sayang di Instagram miliknya mendapat kecaman hebat orang ramai apabila memperlihatkan teman duetnya, Baby Shima menari ‘panas’ disisinya.
Sebelum itu, namanya panas di bibir peminat kerana meletakkan elemen LGBT dalam lagu rayanya baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Sakit Mental
#Menangis
#Datuk Seri Aliff Syukri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement