HIBURAN
Bawa Watak ‘Wanita’, PU Syed Beri Teguran Pada Syafie Naswip - “Walaupun Lakonan, Ia Tetap Haram & Berdosa”
Perkongsian pelakon Syafie Naswip mengenai watak terbaharu lakonannya yang dimuat naik di laman Instagram mengundang teguran daripada penceramah bebas, PU Syed.
Haram walaupun hanya lakonan
Menerusi IG, PU Syed menegur pemakaian Syafie seperti wanita yang hukumnya adalah haram dan berdosa biarpun ia hanya untuk watak dalam lakonan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pernah ‘Disidai’ Bayaran 2 Tahun, Syafie Naswip Kini Lebih Tegas Tuntut Hak Sebagai Pelakon - “Saya Akan Teliti Kontrak Dari Awal…”
ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Main-Main! PU Syed Ulas Isu Cerai Siti Jamumall & Aiman - “Kalau Dicampurkan Talak Sebelum Ini Dengan…”
“Kerap kali isu ini saya bangkitkan iaitu teguran kepada para pelakon, jangan kita lakonkan watak seorang wanita jika kita adalah seorang lelaki.
“Memakai pakaian wanita, melakonkan watak wanita atau bergaya macam perempuan. Walaupun lakonan ia tetap haram dan berdosa.
“Yang saya maksudkan adalah pelakon Syafie Naswip. Kena tahu halal dan haram, watak-watak yang tidak boleh dibawa.
“Salah satu wataknya adalah melakonkan watak yang berlainan jantina apatah lagi memakai pakaian wanita walaupun kita hanya melakonkan dan menghayati watak tetapi tidak dibenarkan meskipun perkara itu main-main,” katanya.
Islam larang lelaki menyerupai wanita
Menurut PU Syed, dalam agama Islam juga melarang orang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya.
“Islam menegah perkara ini, bahkan Nabi Muhammad SAW melaknat perbuatan menyerupai jantina lain.
“Melakonkan watak wanita bagi seorang lelaki memang tidak dibenarkan, gaya sebegitu tidak dibenarkan syarak,” ujarnya lagi.
Berhenti bawa watak 'wanita'
Dalam pada itu, PU Syed menitipkan nasihat buat Syafie agar tidak meneruskan lakonan tersebut dan dapat meninggalkan perkara yang ditentang dalam agama.
“Saya harap pelakon ini dapat sedar, kalau boleh jangan teruskan lakonan ini, carilah watak-watak yang lebih segar dan patuh kepada syariat kerana kamu ada bakat serta ramai peminat.
“Saya tak nak ia akan menjadi punca membawa orang lain terjerumus ke arah itu dan seolah-olah mengangkat golongan ini untuk menjadi ikutan.
“Carilah watak-watak yang lebih selamat dari segala fitnah, khasnya kepada agama dan diri sendiri,” ujarnya.
Must-Watch Video