,
Laman Utama

Baru Nyanyi Lirik Pertama Dah Buat Juri Suka! Nyanyian Abang Penjual Kuih Gegar Pentas Suara Viral 3

Shahrin Zulkifle
11/08/2022
08:00 MYT
Konsert minggu ke empat Suara Viral 3.0 yang bersiaran semalam menyaksikan peniaga kuih, Addin, 30, berjaya menduduki tempat pertama sekaligus layak ke peringkat suku akhir.
Pada konsert itu, Addin yang membawakan lagu Kekasih Bayangan nyanyian penyanyi Indonesia, Cakra Khan ternyata mampu menambat hati kesemua barisan juri.
Memeranjatkan lagi, apabila lirik pertama yang keluar dari mulut Addin sudah membuat juri tetap, Marsha Milan menekan butang buzzer kepadanya.
Selain Marsha, persembahan Addin turut memberi kesan kepada juri jemputan, Achey yang hampir mengalirkan air mata saat nyanyian Addin disampaikan.
Selain Achey, penyanyi Ara Johari turut menggalas tugas sebagai juri jemputan yang mengadili para peserta bersama empat lagi barisan juri tetap, Datuk Hattan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan Marsha Milan.
Mungkin ada yang terlepas pandang semalam, mari kita imbas kembali beberapa momen yang berlaku pada konsert minggu ke empat:

#1 Izzuddin Jeffry, 27 (Andaiku Bercinta Lagi – Mojo)

Nyanyian mendayu Izzuddin gagal menambat hati Ara Johari yang tidak menekan butang buzzer tangga viral.
Bagaimanapun, lima juri yang lain sepakat untuk menekan butang buzzer dan memberikan lampu tangga viral kepada bekas pekerja rumah hantu itu.

#2 Solehin, 26 (Seribu Tahun – Imran Ajmain)

Mendedikasikan lagu Seribu Tahun kepada insan yang telah tiada, Solehin jelas gagal menahan air mata apabila Achey bertanyakan tentang kisah arwah abangnya.
Jelas Solehin, air matanya akan terus mengalir setiap kali teringat akan kisah susah senang hidup bersama arwah.

#3 Lala Ng, 31 (Madah Berhelah – Ziana Zain)

Nyanyian yang disampaikan oleh bekas kakitangan Jabatan Kebudayaan Keseniaan Negara itu telah membuatkan barisan juri berdiskusi.
Biarpun menerima perbezaan pendapat dari pihak juri, nyanyian Lala berjaya membuat semua barisan juri menekan butang buzzer tangga viral.

#4 Ary Hussin, 36 (Wild World – Mr Big)

Memiliki suara yang agak serak-serak basah, nyanyian penuh bersahaja Ary telah mendapat pujian daripada Aina Abdul.
Jelas Aina, Ary mempunyai ciri penyanyi Rock dan memiliki bakat semula jadi yang ada pada dirinya.

#5 JR Star (Ikatan Asmara - Fairuz Misran & Baby Shima)

Turut memberi saingan kepada lima lagi peserta lain dengan kehadiran pasangan duo yang dianggotai dua beradik tiri, Juliey, 37 dan Roha, 18 berasal dari Kelantan.
Berkongsi kisah hidup mereka yang terpisah sewaktu kecil kerana masalah keluarga, namun disatukan semula kerana takdir Allah dan berkongsi minat yang sama dalam bidang nyanyian.
Saksikan Suara Viral 3.0, setiap Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan ini di Astro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.