,
Laman Utama

Bakal Bersalin Lagi Seminggu, Uyaina Arshad Dinasihat Jangan Keluar - “Kalau Boleh Nak Bersalin Normal..”

Azwa Rahman
12/08/2022
01:55 MYT
Aktres dan pengacara yang kini sedang sarat hamil, Uyaina Arshad meluahkan hasrat untuk bersalin secara normal.
Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, persediaannya menjelang beberapa hari lagi sebelum melahirkan bayi sudah hampir cukup dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
“Due date saya dalam bulan September tapi untuk sekarang ni saya dah 36 minggu, doktor pesan minggu ke-37 tu kalau boleh jangan ke mana-mana dah.
“Saya kalau boleh berdoa memang nak bersalin secara normal, tapi mungkin nanti perlukan epidural la kot. Insyallah dalam masa terdekat ni juga saya akan buat baby shower dan majlis doa selamat di mana kita akan kongsikan jantina bayi.
“Persediaan sekarang, saya dah Syahiran memang ternanti-nanti kelahiran bayi ni. Boleh dikatakan dari segi barangan keperluan, rumah, hospital dan tempoh berpantang semua, 90 peratus sudah disediakan. Saya memilih bersalin di Shah Alam. Tapi mental tu macam agak takut jugak la,” ujarnya kepada Gempak.
Uyaina ditemui sewaktu menjadi pengacara jemputan bagi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Tambah Juara Puteri Muslimah Asia tahun 2018 itu lagi, dia dan suami juga sudah memilih nama yang sesuai untuk diberikan pada anak yang dikandungnya.
“Saya dan Syahiran masih belum pasti untuk nama yang akan diberikan kepada cahaya mata kami nanti sebab sekarang saya ada cadangan nama yang saya nak, Syahiran pun ada beri pilihan nama yang dia nak.
“Tapi rasanya kami dah jumpa satu nama yang akan dipilih untuk anak kami. Saya bergurau dengan Syahiran, nama Raja tu memang kena ada pada nama depan anak, jadi nama belakang tu bagilah saya yang pilih, hahaha.
“Kitorang memang suka pilih-pilih nama sebab selagi belum keluar tu kan tapi apa-apa pun, kami dah jumpa nama yang sesuai,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Uyaina dan suami, Raja Syahiran, 29, melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Hiburan

“Nak Kutuk Ke, Cakap Saya Terpaling Tahu Ke, Silakan” - Teruk Dikecam Bersuara Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Tetap Mahu Sebar Kesedaran Tentang Pedofilia

gempak
12/09/2024
03:55 MYT
Uyaina Arshad mengakui dirinya teruk dikecam netizen hanya kerana kelantangannya menyuarakan pendapat tentang isu Abang Bas.
Hiburan

Beri Pandangan Tentang Isu Abang Bas, Uyaina Arshad Dilabel Penunggang Oleh Netizen

gempak
08/09/2024
04:03 MYT
Susulan kelantangannya bersuara tentang isu Abang Bas, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menerima pelbagai kecaman daripada warganet.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Soalan ‘Famous’ Yang Selalu Diterima Oleh Ibu Lepas Bersalin - “Ada Sesetengah Respons Buat Saya Sampai Terkedu”

gempak
19/06/2024
03:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi soalan-soalan biasa yang diterima oleh ibu yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata.