,
Laman Utama

Asyraf Khalid Mahu Berguru Dengan Habib Ali - "Nak Jadi Orang Baik Kena Dekati Orang Soleh"

Amri Hassan
24/06/2022
05:35 MYT
"Syukur dapat banyak sangat Ilmu agama daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid," demikian kata usahawan terkenal Asyraf Khalid yang sempat meluangkan masa berjumpa dengan tokoh agama Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri'ayah, Ampang, Kuala Lumpur.
Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid berkata, dia turut menyatakan hasrat menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya ke arah agama yang lebih baik.
"Kalau dulu, saya ada seorang guru iaitu Abuya Habib Naufal dari Sukabumi, beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab, tapi Allah lebih sayangkan Abuya dan Allah ambil Abuya dulu.
"Jadi selepas beberapa tahun saya tiada guru khusus bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali and saya punya permintaan pada Habib Ali adalah untuk menjadi anak murid beliau. Dalam masa sama mahu beliau menjadi guru untuk membimbing saya ke arah agama," katanya.
Asyraf juga pengasas produk minuman jamu Mutyara bersama isterinya pelakon Tya Ariffin berkata, pertemuan itu memberikan banyak pengajaran dan pengalaman baru buat dirinya.
"Terima kasih juga kepada ayah kerana membuka jalan untuk saya bertemu Habib Ali dan Alhamdullillah, semuanya di permudahkan.
"Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang iman kita ni ada naik turun, tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.