,
Laman Utama

Anak Dihina Rambut Macam Jagung, Shandy Aulia 'Hantar' 15 Peguam Saman Jururawat

Maliah Surip
03/07/2021
14:50 MYT
Pelakon Indonesia, Shandy Aulia nampaknya sudah tidak dapat bertahan dengan sikap kurang sopan netizen dalam memberi komen di akaun Instagramnya.
Sejak melahirkan Claire Herbowo lebih setahun lalu, dia kerap berkongsi kisah perkembangan anak sulungnya itu.
Selain menerima kata pujian dan semangat dalam kalangan pengikutnya, ada juga netizen yang kerap meninggalkan komen kurang sopan mengenai cara didikan selain menghina anaknya itu.
Tidak boleh bersabar lagi dengan hinaan seorang netizen yang disifatkan tidak beradab, Shandy akhirnya mendapatkan khidmat peguam untuk 'menguruskan' seorang netizen yang juga berprofesi sebagai jururawat.
Jururawat tersebut dikenali sebagai Laura Aprilya Bakkara dan menggunakan akaun @laprilya 19 untuk mengkritik cara dia mendidik anaknya selain mencemuh anak kecil tersebut.
Menerusi laporan Tempo, Shandy telah menghantar surat guaman kepada Laura dengan diwakili oleh 15 orang peguam! Ia diketuai oleh peguam selebriti terkenal Hotman Paris Hutapea.
“Sampai jumpa Bu,” tulis Paula Rudollf, pengurus Shandy Aulia sambil menunjukkan surat guaman yang sedia dihantar kepada Laura dalam Instagramnya baru baru ini.
Sebelum ini Laura dipercayai telah mendakwa anak perempuan Shandy, Claire tidak cukup gizi. Hal itu lantaran sehingga kini Claire belum memiliki rambut lebat seperti anak kecil perempuan lainnya.
Claire juga masih kelihatan belum cerdas seperti kanak kanak pada usianya sekaligus mengatakan Shandy sebagai ibu yang kurang bergaul sehingga anaknya tidak pintar.
"Shandy sahaja yang selalu denial. Indikator kanak kanak sihat adalah berat badan. Lalu tanda tanda bayi kurang gizi adalah pertumbuhan rambut 'jagung'. Dalam kita lihat perkembangan Claire agak lambat.
“Tapi yakin sama saya, bila dia sekolah, kamu akan banyak nangis, kerana dia sangat sukar untuk dapat duduk dalam kelompok 20 pelajar di depan,” tulis @laprilya 19.
Menurut Shandy lagi, salah satu sebab dia bertindak membawa jururawat itu ke pengadilan adalah kerana sikap jururawat itu yang biadab bersama ibu mertuanya.
"Jadi yang sebenarnya marah dengan komen tersebut juga ibu mertua saya. Dia cari tahu dan akhirnya dapat. Dia jururawat dari Manado. Bila ibu mertua telefon dan bertanyakan mengenai tindakan kurang sopannya, jururawat itu tak rasa bersalah.
"Dia sebaliknya mengatakan ibu mertua saya sudah tua dan bila bila masa boleh meninggal dunia," cerita wanita berusia 34 tahun tersebut.
Instagram: @shandyaulia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dipecat Gara-Gara Tertidur Di Pejabat, Pekerja Ini Menang Saman RM215,000

gempak
24/11/2024
04:55 MYT
Lelaki di China yang dipecat kerana tidur sejam selepas bekerja lebih masa pada hari sebelumnya memenangi kesnya dan dianugerahkan 350,000 yuan (RM215,863.20) sebagai pampasan.
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Viral

Bakar Suami Selepas Periksa Akaun Bank Berkurangan

gempak
24/11/2024
00:55 MYT
Pada sidang perbicaraan mahkamah Mojokerta pada 19 November lalu, suspek berkata, insiden itu berlaku pada 8 Jun lalu selepas dia menyemak akaun suaminya di sebuah bank di Jalan Majapahit.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Unitar