,
Viral

Adakah Talak Jatuh Kerana Paksaan Bercerai?

Izwan Isa
17/08/2024
04:55 MYT
Adakalanya kehidupan rumah tangga tidak berkekalan seperti yang diharapkan. Benar, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah SWT jualah sebaik-baik perancang.
Banyak punca yang memicu kepada perpisahan itu. Terdapat kes yang mana ikatan perkahwinan terlerai kerana cerai paksaan.

Paksaan

Adakah jatuh talak jika seorang suami dipaksa menceraikan isterinya?

ARTIKEL BERKAITAN: "Hanya Mahkamah Syariah Boleh Menentusahkan Lafaz Cerai Paksa" - Peguam

Dalam hal itu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjelaskan, secara umumnya, talak dihukumkan halal iaitu dibolehkan untuk melakukannya, tetapi perbuatan itu dianggap makruh.
“Ini bermakna, syariat mengizinkan talak, tetapi barang siapa yang meninggalkan atau berusaha menjauhi perkara yang makruh, mereka akan mendapat pahala,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel #1754: Lafaz Talak Kerana Terpaksa yang disiarkan di laman web Maktabah Albakri.
Menjawab tentang paksaan perceraian, ujar Dr Zulkifli, Islam menggariskan kayu ukur yang menjelaskan tentang keadaan seseorang yang benar-benar berada dalam situasi berkenaan.
Berikut perinciannya:
1. Orang yang memaksa mempunyai kekuatan dan mampu menguasai orang yang dipaksa.
2. Berasa terancam sekiranya permintaan tidak dipenuhi dan dalam masa sama, tidak mampu untuk melawan atau melarikan diri.
3. Memudaratkan orang yang dipaksa dengan ancaman bunuh, penderaan, merampas harta dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin Ini Yang Terbaik, Saya Manusia Tak Lari Dari Kesilapan" - Nora Ariffin Tampil Bersuara, Kini Berlapang Dada

Berdasarkan penunjuk itu, Dr Zulkifli menjelaskan, menurut perspektifnya, talak tidak jatuh sekiranya seseorang dipaksa sebagaimana dinyatakan dalam ayat ke-106 surah an-Nahl.
“Pandangan ini merupakan pendapat jumhur ulama daripada Mazhab Maliki, Syafie dan Hanbali,” katanya.
Sementara itu, peguam syarie, Nurain Akmal Khairunnisa Amir Hamzahmenerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya menghuraikan panjang lebar berserta contoh mudah untuk kita memahami tentang cerai paksaan.
Beliau memperincikan pandangan Mazhab Syafie berkaitan kedudukan talak dalam konteks paksaan sebagaimana berikut:
1. Paksaan yang berlaku tidak syarie Jika ‘tekanan’ itu berlaku secara syarie seperti suami memberi mudarat kepada isteri, lalu hakim memaksa suami menceraikan isterinya, talak dilafazkan secara paksa itu tetap jatuh.
2. Paksaan disertai dengan ugutan yang ditujukan terus kepada suami Ugutan itu hendaklah ugutan yang menyebabkan suami terdedah kepada mudarat yang lebih besar seperti dibunuh, dipotong anggota atau dipukul dengan pukulan sangat menyakitkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buat Live, Muat Naik Video Cerai Di Laman Sosial Hanya Buka Aib Rumah Tangga

​Bagi mereka yang mempunyai kedudukan dipandang mulia, pukulan yang kurang menyakitkan dan disakiti dengan sedikit kesakitan sudah cukup untuk memenuhi syarat ini.
3. Orang yang memaksa mampu melaksanakan ugutannya Sabda Rasulullah SAW: “Tidak sah talak dan tidak sah pembebasan hamba dalam keadaan dipaksa.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Sesungguhnya ALLAH telah menggugurkan daripada umatku hukum tersalah, terlupa dan dipaksa.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

ARTIKEL BERKAITAN: “Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab”- Nora Ariffin

4. Suami yang dipaksa tidak melakukan lebih daripada apa yang didesak Jika suami dipaksa menjatuhkan talak satu atau menjatuhkan talak tanpa disuruh beberapa kali, tetapi dia menceraikan isterinya dengan talak dua atau tiga, maka talak itu jatuh.
5. Suami tidak mempunyai niat untuk menceraikan isteri dan melafazkan talak semata-mata atas paksaan Jika paksaan perceraian itu tidak wujud unsur ugutan sebagaimana syarat-syarat dinyatakan itu, jelas Nurain Akmal Khairunnisa, ia hanyalah paksaan biasa sahaja yang mana kemungkinan boleh jatuh talak tersebut.
“Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada penilaian hakim untuk melihat sejauh mana paksaan itu berlaku,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

gempak
19/06/2024
09:55 MYT
Seperti pernah melalui kisah yang sama, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak putus memberi kata-kata semangat buat sahabatnya Bella Astillah yang baru sahaja menjalani proses penceraian bersama aktor asal Singapura, Aliff Aziz.
Hiburan

“Syukur Semuanya Selesai” - Ibu Bella Astillah

gempak
13/06/2024
06:19 MYT
Ibu kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah bersyukur selepas kemelut rumah tangga anaknya bersama penyanyi Aliff Aziz akhirnya selesai.
Laman Utama

Berbalah, Britney Spears & Suami Bakal Bercerai?

gempak
17/08/2023
03:50 MYT
Sam tuduh Britney curang
Laman Utama

Suami Miera Leyana Cerai Isteri Pertama Talak Satu!

gempak
03/08/2023
03:38 MYT
Jodoh 28 tahun...
Laman Utama

Nenek Usia 83 Tahun Akhirnya Bercerai, Tak Sanggup Jaga Suami Muda Pemalas!

gempak
30/07/2023
12:55 MYT
Dapat laki muda tapi pemalas pulak.