gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Azhar Sulaiman Cadang Naik Taraf Lapangan Terbang Kuantan Jadi ‘Airport In The Garden’ - "Biar Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Di Hawaii"
HIBURAN
Tak Tiup Lilin Ketika Birthday, Netizen Respect Tindakan MK K-Clique - “Padam Guna Tangan Je…”
HIBURAN
Bukan Anugerah Dibeli, Uqasha Senrose Bangga Nelydia Senrose Kini Bergelar Datin - "Adik Ipar Ada Bisnes & Sumbangan..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

READ

10 Rutin Nak Kurus, Kalau ISTIQOMAH 10 Hari Dah Boleh Nampak — Tak Percaya, Cubalah!

Public Anonymous User
Public Anonymous User
24/09/2018
03:22 MYT
Sponsor Banner
10 Rutin Nak Kurus, Kalau ISTIQOMAH 10 Hari Dah Boleh Nampak — Tak Percaya, Cubalah!
Oleh: Afiza Kamarulzaman

Untuk kurus yang sihat dan kekal selama-lamanya, ia perlu dimulakan dengan gaya hidup yang terurus dan sihat. Makan produk kurus, atau menjalani sesuatu kaedah diet tertentu, boleh membantu tetapi belum tentu memberikan efek abadi jika kemudian ditinggalkan.
Ini semua tidak memerlukan modal yang banyak. Hanya disiplin dan usaha yang berterusan untuk mencapai impian tubuh langsing dan sihat!
1. KURANGKAN KARBOHIDRAT
Berkali-kali dikatakan, namun memang benar ia terbukti berkesan mengurangkan berat badan jika diamalkan. Mulakan sedikit-sedikit kemudian potong habis. Badan kita tidak memerlukan begitu banyak karbohidrat untuk bekerja.
Boleh dikatakan kebanyakan makanan kita setiap hari mengandungi karbohidrat termasuklah nasi, roti, kuih-muih, pasta dan sebagainya. Jadi kurangkan porsinya atau ambil sehari sekali sahaja.

2. KELUARKAN PELUH
Walaupun pakar diet mengatakan untuk kurus, penyumbangnya adalah 70% pemakanan dan 30% senaman, tetap tidak boleh diambil sambil-lewa! Jadikan ia amalan untuk kesihatan secara total.
Apabila badan sihat, rutin untuk kurus juga berlaku dengan pantas seperti pembakaran lemak dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Tambah-tambah jika usia makin meningkat, kadar pembakaran lemak makin merundum, jadi bagaimana mudah untuk kurus? Lakukan minimum tiga kali seminggu.
Apa sahaja aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh, tidak semestinya ke gimnasium atau berjoging. Melakukan kerja rumah atau mencuci kereta pun mampu mengeluarkan peluh.
3. DETOKS
Untuk memulakan sesuatu projek diet, kamu digalakkan melakukan detoks terlebih dahulu. Terdapat banyak program detoks di pasaran hari ini.
Tujuan program detoks ini perlu dilakukan untuk yang mahu memulakan proses penurunan berat badan adalah untuk memberi persediaan kepada tubuh menerima rangsangan baru yang positif.
Ia seperti sebuah kereta, yang perlu dipanaskan enjinnya sebelum mula dipandu. Begitulah umpamanya badan yang perlu dibuang semua toksid jahat untuk menerima rutin baik. Kebiasaannya, program detoks dilakukan selama tujuh ke14 hari sahaja.
View this post on Instagram
Beauty is subjective and we shall not limit ourselves and our minds to think that the meaning of beauty is represented by perfectly symmetrical, flawless face and body. . . We should feel comfortable in our own skin regardless of our own flaws. Beauty is having the liberty to express ourselves, to have a positive mind & to be comfortable in our own skin. . . Join me this Merdeka Day together with @Dove by participating in the #DoveMalaysia #BeautyUnitesUs campaign that showcases a truer representation of diverse beauty around us featuring Real Women. Shoutout to all beauties around the world - you, me and every woman and to keep reminding ourselves that we are beautiful in our own way
A post shared by Nana Al Haleq (@nanaalhaleq) on Aug 31, 2018 at 5:17am PDT
5. GULA, TIDAK SAMA SEKALI!
Inilah musuh utama untuk kurus! Ada yang kata tidak boleh kalau tidak ambil gula, nanti kemurungan dan sebagainya. Untuk elakkan ‘craving’ atau kempunan yang melampau-lampau, bolehlah sesekali gantikan gula itu dengan Stevia untuk dimasukkan ke dalam minuman berperisamu.
Mulakan secara perlahan-lahan, lama-lama kamu boleh hidup tanpa gula itu. Semuanya bermula dengan psikologimu sendiri.
6. MINUM BANYAK AIR PUTIH
Jadikanlah amalan mengulang minum air putih selang sejam. Letakkan sebotol penuh di sisimu ketika bekerja ataupun duduk santai di rumah. Banyak manfaat minum air putih selain untuk kurus, ia melancarkan darah dan mencantikkan kulit.
Amalkan minum sebaik bangun pagi, sebelum makan dan lebih banyak lagi selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

7. JANGAN MAKAN SELEPAS JAM 7
Ini fakta sahih! Pastikan makan malam terakhirmu adalah pada jam tujuh. Tidak boleh lebih dari itu kerana selepas waktu itu, tubuh badanmu sudah mula kurang bergerak bermakna lemak sudah tidak dibakar lagi.
Jadi, jangan dibazirkan makanan itu dengan disimpan sahaja di dalam badan. Kamu masih boleh hidup walau tanpa makanan selepas waktu itu.
8. BERURUT, SAUNA...
Tidak rugi menambahkan rawatan tradisional ini sebagai rutin kurus sihatmu. Pernah dengar tak orang cakap, ‘gemuk angin, gemuk air’? Ada sesetengah perut yang buncit disebabkan oleh angin dan dengan urutan yang betul dapat membantu mengempiskan perut.
Rawatan ini juga mampu melancarkan darah dan menyegarkan badan. Badan yang sihat dan segar memudahkan apa jua aktiviti kardio dilakukan. Malah badan yang sihat juga menjana aura positif.
Aura positif ini perlu untuk mengekalkan momentum seseorang untuk terus disiplin dengan proses menurnkan berat badan. Lakukanlah sebulan sekali.

8. TIDUR YANG CUKUP
Tidurlah baik-baik kerana ia juga menyumbang kepada penurunan berat badan. Tidur malam yang cukup tujuh ke lapan jam membantu meningkatkan kadar metabolisme pada keesokan harinya. Siapa kata tidur buat orang jadi gemuk?
9. ELAKKAN STRES
Stres juga menyumbang kepada masalah untuk kurus. Ketika kita stres, kalenjar badan akan menghasilkan hormon yang dipanggil kortisol. Kortisol ini akan meningkatkan tekanan darah supaya kamu lebih fokus terhadap tekanan tersebut.
Ia juga akan mengarahkan sel-sel badan untuk mengumpulkan lemak di bahagian tengah badan kononnya sebagai persediaan andainya kamu terpaksa berdepan masalah tidak makan akibat tekanan tersebut.
Jadi, didiklah otak kamu untuk mengatakan yang kamu sedang gembira walau apa jua badai melanda.
10. MINUM TEH HIJAU ATAU AIR PUTIH DENGAN HIRISAN LEMON
Ini sebagai minuman tambahan. Kedua-dua minuman ini mengandungi anti oksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tahap radikal bebas dalam badan.
Amalkan minumnya setiap hari untuk tubuh terasa lebih segar dan bertenaga sepanjang hari.
View this post on Instagram
Its time for cross fit workout of the day WOD...habis la kaauuu lemak....?
A post shared by Kevin Zahri (@kevinzahri) on Sep 8, 2018 at 11:01pm PDT
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement