gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dikecam Kerana Campak Buku Pada Anak Tiri, Arrora Salwa Tampil Bersuara - “Aku Mak Tiri Bertanggungjawab, Aku Yang Menghadap Dia 24 Jam!”
HIBURAN
Azhar Sulaiman Cadang Naik Taraf Lapangan Terbang Kuantan Jadi ‘Airport In The Garden’ - "Biar Rasa Macam Nak Pergi Bercuti Di Hawaii"
HIBURAN
Tak Tiup Lilin Ketika Birthday, Netizen Respect Tindakan MK K-Clique - “Padam Guna Tangan Je…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Filem The Batman Dihentikan Penggambaran Akibat COVID-19

Mya Amri
Mya Amri
27/03/2020
12:55 MYT
Sponsor Banner
Filem The Batman Dihentikan Penggambaran Akibat COVID-19
Filem adi wira keluaran DC, THE Batman menjadi 'mangsa' terbaharu jangkitan koronavirus apabila dihentikan penggambaran baru-baru ini lapor Awani.
Berita itu dimaklumkan oleh pengarahnya Matt Reeves sebagai reaksi kepada pertanyaan peminat sama ada filem itu ditangguh akibat pandemik COVID-19 pada Rabu.
"Ya, kami telah hentikan sehingga sesuai untuk kami sambung semula," tulis Reeves di akaun Twitter.
"Semuanya selamat ketika ini, terima kasih kerana bertanya, dan semoga anda juga selamat,"
Filem 'The Batman' dijadual mula ditayangkan di pawagam pada 25 Jun 2021, namun tidak dipastikan sama ada tarikh itu akan berubah susulan penangguhan penggambaran ini.
The Batman dibintangi pelakon "Twilight", Robert Pattinson sebagai adi wira tersebut, manakala Colin Farrell memegang watak antagonis Oswald Cobblepot atau lebih dikenali sebagai Penguin, serta John Turturro sebagai Carmine Falcone. Perintah kawalan pergerakan di kebanyakan tempat di dunia memberi kesan kepada beberapa jadual tayangan filem baharu sehingga Julai.
Antaranya "Wonder Woman 1984", "Black Widow", "No Time to Die", "Mulan", "F9" dan "A Quiet Place Part 2."
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#The Batman
#COVID-19
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement