kaharKaplaHighCouncil

Kahar: Kapla High Council Raih RM1 Juta Di Tayangan Awal & Hari Pertama

Mya Amri
29/11/2024
03:25 MYT
Sponsor Banner
Kahar: Kapla High Council Raih RM1 Juta Di Tayangan Awal & Hari Pertama
Filem paling dinanti-nantikan tahun 2024, Kahar: Kapla High Council telah berjaya meraih RM 1 juta di tayangan awal dan hari pertama.

Fenomena Watak Kahar Dominasi Layar Perak

Watak Kahar lakonan Amir Ahnaf dengan gandingan pelakon Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Khenobu, Thompson, Husyairi Hussain dan Hasnul Rahmat telah mendapat pujian daripada penonton kerana keberkesanan ‘menghidupkan’ karakter di layar perak.
Rata-rata di media sosial menyatakan perjalanan emosi dan konflik yang dipersembahkan berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.
Antara komen yang diterima adalah:

“Just watched Kahar: Kapla High Council and I have to say, the story was actually good! Applause to Amir Ahnaf and the entire cast!” “What a prequel/sequel for High Council series. Lain macam filem ni, camera work dengan cinematography lawa gila. Walau 1h42min je tapi padat dengan story yang menarik. Lakonan pun memang top. Dapat closure untuk karakter kahar,”

“Kahar: Kapla High Council terbaik. Congrats Razaisyam on your neverending achievement. 10/10,”

Tangga pertama carta top 10 GSC

Sementara itu, filem Kahar: Kapla High Council kini berada di tangga pertama di carta Top 10 GSC dan sekali gus mengenepikan filem-filem antarabangsa.
Diarahkan oleh Razaisyam Rashid, manakala skrip ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Kahar: Kapla High Council telah mula temui penonton di pawagam menerusi tayangan awal pada 27 November dan Khamis merupakan tayangan rasmi.
Penerbit Eksekutif Kahar: Kapla High Council dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada filem tersebut.
“Alhamdulillah, terima kasih kepada semua penonton yang telah menonton filem Kahar: Kapla High Council di pawagam.
“Kami amat terharu dengan sokongan penonton dan menjadikan filem ini meraih kutipan RM1 juta di hari tayangan awal.
“Watak Kahar sekali lagi berjaya mencuri perhatian penonton dan bagi kami Kahar bukan hanya sekadar watak.
“Kami mengharapkan permulaan baik ini dapat membawa momentum positif yang berterusan sekali gus mencipta kejayaan luar biasa,” katanya.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Bukan sekadar mempertaruhkan jalan cerita dengan babak-babak yang mengundang keterujaan, filem berdurasi 102 minit ini mengangkat isu buli yang berlaku di kalangan remaja.
Malah, filem ini juga turut membicarakan isu kritikal seperti kepentingan institusi kekeluargaan kepada pembangunan diri seseorang dan menekankan mesej kekerasan bukanlah jalan penyelesaian.

Sinopsis:

Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).
Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.
Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar. Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Buat peminat dan penonton, jangan lepaskan peluang untuk temui barisan pelakon di siri jelajah Kahar: Kapla High Counci pada 29, 30 November & 1 Disember di Kedah, Penang, Perak; 6, 7, 8 Disember di Negeri Sembilan, Johor Melaka; 13, 14, 15 Disember di Terengganu, Pahang.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Saksikan filem Kahar: Kapla High Council yang kini berada di pawagam. Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024