Hiburan

Pernah Jalani IVF Namun Tak Berjaya, Hazama Sedih Tetapi Reda – “Saya Rasa Membazir Tapi Kami Masih Mencuba”

Khairil Khusyairi
29/11/2024
03:50 MYT
Sponsor Banner
Pernah Jalani IVF Namun Tak Berjaya, Hazama Sedih Tetapi Reda – “Saya Rasa Membazir Tapi Kami Masih Mencuba”
Penyanyi Hazama berpegang kepada rezeki Tuhan soal cahaya mata biarpun pernah menjalani proses persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapat zuriat.

Sedih Tapi Reda

Menurut Hazama, 40, dia mengakui sedih namun tetap reda dengan ikhtiarnya bersama isteri yang juga pengarah muzik, Genervie Kam.
“Anak itu saya serah pada Allah, kalau ada...Alhamdulillah, jika tidak saya ‘enjoy’ saja.

“Saya sedih sebenarnya tetapi saya seorang yang reda. Kalau perempuan mungkin agak sensitif. Tapi kami masih mencuba.

“Saya rasa membazir, saya pernah buat sekali tetapi ada masalah, sebab saya juga seorang perokok. Saya berpegang pada rezeki Tuhan,” kongsinya.
Hazama ditemui pada majlis pelancaran album keduanya yang berjudul Pujangga di Royale Chulan Damansara, pada Khamis.

Jadual Kerja Padat Punca Proses Gagal

Dalam pada itu, pelantun lagu hits Relakan Jiwa itu turut mengakui jadual kerja yang padat dan isteri pernah mengalami kandungan luar rahim antara punca proses IVF yang dibuat pada tahun lalu tidak berjaya.

“Ketika proses itu kita tak boleh stres, isteri juga sibuk sampai dia terpaksa ditahan di wad hospital tempoh hari gara-gara ‘burn out’.

“Komitmen isteri dan saya buatkan kami tak ada masa yang terbaik untuk kami relaks dan bersedia.

“Isteri saya juga pernah mengalami kandungan luar rahim, jadi doktor juga maklum ada risiko,” kongsinya lagi.

Hazama juga mengakui bahagia dengan kehidupannya yang masih menantikan rezeki zuriat malah selesa bersama anak-anak saudara.
“Sebenarnya okay, saya juga mempunyai anak saudara, mereka membesar dengan saya dan duduk di rumah saya.

“Saya rasa selesa dikelilingi budak-budak cuma saya tak perlu fokus tanggungjawab itu lebih sangat.

“Album saya Pujangga inilah anak saya,” ujarnya.
Hazama mendirikan rumah tangga dengan dengan pengarah muzik, Genervie Kam pada 14 Januari 2017.
Album Pujangga yang memuatkan 10 buah lagu itu kini boleh distrim di semua platform digital muzik dan mula dipasarkan oleh Sony Music Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Orang Kata Bila Usia 40 Lebih Risiko Agak Tinggi” - Terlalu Sibuk, Hazama & Isteri Terpaksa Tangguh Rawatan IVF

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada Pengalaman Tapi Usaha Dan Belajar” - Hazama Simpan Hasrat Jadi Pengarah, Jadikan Mawi Sebagai Contoh

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Hadiahkan Hazama Motosikal Sempena Genap Usia 35 Tahun

ARTIKEL BERKAITAN: "Keinginan Mempunyai Zuriat Bukanlah Untuk Ikut Trend Atau..." - Hazama

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Beri Kami Zuriat Jika...”- Doa Hazama Supaya Dikurniakan Cahaya Mata

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024