Berita
Kepala Berlumuran Darah, Polis Terima Laporan Kejadian Kucing Di Bunuh Dengan Kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah di kediaman pelajar sebuah universiti swasta di Setapak, Kuala Lumpur semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian dipercayai berlaku pada 17 November lepas di tangga kawasan kediaman itu, apabila pelajar yang menemukan kucing itu melaporkannya kepada pengawal keselamatan.
"Setakat ini dua keterangan telah dirakam dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 17 November lepas, tular satu video di media sosial menunjukkan tiga ekor kucing berlumuran darah di bahagian kepala dipercayai telah dibunuh dengan kejam.
BERITA TRENDING: Pernah Jalani IVF Namun Tak Berjaya, Hazama Sedih Tetapi Reda – “Saya Rasa Membazir Tapi Kami Masih Mencuba”
BERITA TRENDING: Kahar: Kapla High Council Raih RM1 Juta Di Tayangan Awal & Hari Pertama
BERITA TRENDING: "Netizen Tak Nampak Apa Yang Berlaku, Jangan Buat Andaian" - Anak Nafi Dakwaan Abaikan Mak Engku Sepanjang Di Hospital
BERITA TRENDING: Lelaki OKU Sanggup Tipu Demi Dapatkan Gelaran Datuk
Sumber: Astro Awani menerusi BERNAMA
Must-Watch Video