gaya hidup

Buat Pembedahan Bariatric; Kemudian ‘Claim’ Jus, Kopi Kurus Berkesan. Salah Tu! Hadam Huraian Ini.

Huda Hussain
06/12/2021
08:32 MYT
Sponsor Banner
Buat Pembedahan Bariatric; Kemudian ‘Claim’ Jus, Kopi Kurus Berkesan. Salah Tu! Hadam Huraian Ini.
Tidak semua dalam kalangan kita punya keazaman tinggi dan dibuktikan dengan kegigihan untuk menurunkan berat badan. Ada yang hanya meniti dimulut ‘Nak kurus… Nak diet’ tapi kesudahannya tetap sama. Tak berubah apatah lagi berkurangan walau seinci.
Jujur, bagi segelintir orang (penulis terutamanya) sukar untuk kekal fokus dalam proses menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi apabila pemakanan yang perlu dikawal sepenuhnya. Diikuti dengan senaman. Alahai… Bercinta rasanya, hahaha. Tapi apabila melihat sendiri hasil teman-teman yang sememangnya disiplin dalam proses ini, terdetik juga rasa cemburu. Sungguhpun begitu perasaan itu tidak lama, sekejap saja insafnya. Esok lusa kembali makan sampai tak ingat dunia. Hahaha.
Namun demikian, bagi mereka yang sukar untuk menurunkan berat badan walau sudah bermacam cara, senaman dan diet dicuba; antara solusi terakhir yang difikirkan dapat membantu menangani maslaah ini adalah dengan menjalani pembedahan. Berdasarkan perkongsian Public Health mengenai perihal ini, semestinya Pembedahan Pintasan Perut atau 'familiar' dengan istilah 'Bariatric Surgery' dapat membantu buat mereka yang berhadapan dengan masalah ini.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan? Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.
Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.
Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Jenis Pembedahan Bariatric
  1. Gastrektomi Lengan (Sleeve Gastrectomy), iaitu membabitkan individu yang ada masalah obesiti.
  1. Pintasan gastrik (Gastric Bypass) bagi individu melebihi berat badan dan ada penyakit kronik.
  1. Intra-gastrik balloon, iaitu sejenis alat dimasukkan ke dalam perut menggunakan kaedah endoskopi, kemudian digelembungkan dengan air untuk menjadi belon memenuhi 2/3 ruang perut.
Apa yang Berlaku Selepas Anda Menjalani Pembedahan Ini? Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.
Kredit Foto: Google
y
Kelebihan Pembedahan Bariatric
  1. Hasilnya, berat badan akan berkurangan. Pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap dua serta merendahkan kolesterol.
  1. Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.
  1. Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.
  1. Daripada segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.
Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh dua tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar