Berita

Rendang Layak Diiktiraf Warisan Budaya UNESCO: Kerajaan Indonesia

Gempak
27/11/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Rendang Layak Diiktiraf Warisan Budaya UNESCO: Kerajaan Indonesia
Menteri Kebudayaan Indonesia, Fadli Zon menegaskan keperluan untuk mendaftarkan rendang dari Sumatera Barat dengan UNESCO bagi pengiktirafan global sebagai warisan budaya dunia, lapor agensi berita ANTARA.
"Rendang adalah antara hidangan kuliner kita yang sudah terkenal di seluruh dunia. Bahkan (cef selebriti Britain) Gordon Ramsay datang ke Sumatera Barat untuk belajar tentang rendang," ujar Fadli.
Menurutnya, rendang bukan hanya hidangan yang lazat, tetapi juga mempunyai nilai budaya yang kaya. Ia juga merupakan simbol identiti masakan Indonesia.
"Dengan mendaftarkan rendang dengan UNESCO, diharapkan masakan ini dapat dipelihara sambil memperkenalkan kekayaan masakan Indonesia ke pentas antarabangsa," katanya.
Selain itu, Fadli berkata, beliau menganggap pendaftaran rendang sebagai warisan budaya UNESCO sebagai langkah strategik untuk meningkatkan sektor pelancongan dan ekonomi Indonesia.
Minat yang semakin meningkat terhadap budaya tempatan, termasuk masakan tradisional, dipercayai akan meningkatkan kunjungan pelancong dan memperkenalkan produk tempatan yang menyokong ekonomi Indonesia. "Pengiktirafan UNESCO terhadap rendang juga akan mengukuhkan kedudukan Indonesia di arena antarabangsa sebagai negara yang memiliki warisan budaya yang kaya dan pelbagai," tambahnya.
Beliau juga tidak mengesahkan sama ada rendang akan didaftarkan secara khusus dengan UNESCO, atau bersama dengan penyerahan warisan budaya lain.
"Kita akan lihat sama ada ini cadangan tunggal atau cadangan bersama (dengan warisan budaya lain)," katanya.
Sehingga November 2024, UNESCO menyenaraikan 13 warisan budaya tidak ketara dari Indonesia, termasuk teater boneka wayang, keris senjata tradisional, batik kain tradisional serta alat muzik tradisional angklung dan gamelan.
Sumber: Sinar Harian menerusi BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar