Personal Opinion | Pendapat Peribadi

#GempakSpot: Dalam Keadaan Sekarang, Keluarga Jadi Keutamaan

Gempak Spot
25/03/2019
03:00 MYT
Sponsor Banner
#GempakSpot: Dalam Keadaan Sekarang, Keluarga Jadi Keutamaan
Kenapa saya tangguhkan dulu pengajian saya? Ini kisah saya, bukan cerita untuk meraih simpati tetapi cerita tentang perjalanan hidup saya ketika ini.
Saya Nur Aisyah, 20, mengambil upah untuk melukis potret dengan harga RM30 sehingga RM50 mengikut kuantiti figura. Hal ini kerana bapa saya Muhamad Fairuz, 45, menghadapi penyakit buah pinggang tahap 4.
Bapa saya menghidapi penyakit buah pinggang sejak tahun 2018 dan penyakit beliau semakin teruk sehingga ketahap 4 baru-baru ini. Bapa saya masih bekerja sebagai penyelia highway tetapi beliau mengambil cuti sakit.
Sejak bapa saya sakit, saya mengambil tanggungjawab beliau untuk menguruskan hal rumah dan keluarga. Saya bekerja di gerai kecil yang menjual makanan Jepun iaitu, Takoyaki. Pada awalnya, ibu saya Mazlina, 48, yang menguruskan gerai tersebut.
Sejak bapa saya jatuh sakit, saya dan adik saya iaitu Nur Afidah, 18, mengambil alih gerai tersebut untuk memudahkan urusan ibu untuk jaga ayah yang terlantar sakit di Hospital Selayang. Gerai Takoyaki kami terletak berhadapan dengan Perniagaan Riang Ria, Subang Dua.
Saya mula menceburi bidang seni ini pada usia 17 tahun. Saya sambung pengajian di Kolej Tingkatan Enam Shah Alam dan mengambil aliran seni. Banyak perkara yang saya telah belajar di kolej tersebut dengan guru saya iaitu Puan Sham Isnazura.
Beliau banyak membantu saya dalam seni daripada media pencil, arkrilik, warna air, dan juga warna pastel.
Perniagaan takoyaki kami pada waktu ini tidak cukup untuk menampung kos sara hidup keluarga, jadi saya mencuba untuk menawarkan khidmat melukis potret kepada umum menerusi laman web Twitter.
Saya juga tidak menyangka bahawa posting saya tular dan mendapat lebih 18,000 “Retweet”. Ada juga individu yang ingin memberi sumbangan, tetapi saya enggan menerimanya. Saya ingin menjual potret yang saya lukis dan saya rasa ada pihak yang lebih memerlukan sumbangan berbanding saya.
Saya mampu berkhidmat sebagai pelukis potret dengan mengerahkan seluruh tenaga muda saya untuk bapa saya di hospital. Saya mahu bapa saya terus bersemangat dan bangga dengan apa yang saya lakukan sekarang.
Saya mahu berbakti kepada orang tua saya sehingga akhir hayat mereka. Saya harap dengan cara ini saya mampu membalas jasa orang tua saya yang membesarkan saya dengan cukup sifat.
Kredit Gambar: Nur Aisyah Muhamad Fairuz
Nur Aisyah Muhamad Fairuz adalah penulis bebas untuk artikel di atas. Pandangan dan pendapat penulis adalah hasil karya asli penulis dan tidak mewakili serta tidak mencerminkan pandangan dan pendapat dari Gempak. Gempak tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kesalahan kandungan artikel ini.
Kepada anda yang berminat untuk menyumbang, hantarkan karya anda ke hello@gempak.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar